SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Friday, 27 February 2009

Majlis Belia Daerah Ipoh - Bantuan diperlukan

Ini adalah satu lagi pengiktirafan yang diberi kepada VEE99 oleh satu badan yang agak besar untuk membantu dalam program mereka.

Tahniah kepada semua warga VEE99 kerana masih lagi bersama dalam kelab dan kita akan seperti biasa membantu mereka yang memerlukan khidmat kita ini.

Vee99 Boleh!!.... hehehe..

p/s.. ada yg terbakor tu........

Thursday, 26 February 2009

Wednesday, 25 February 2009

Liputan Akhbar Majlis Meraikan anak2 yatim Pulai Jaya

Dimaklumkan oleh wartawan Sinar Harian bahawa aktiviti Amal ini akan mendapat liputan berita dari mereka. Jadi di harap anda dapat turut serta bersama-sama kami dengan memakai baju rasmi VEE99 untuk memeriahkan majlis tersebut nanti. Kepada yang masih tiada baju rasmi VEE99 sila hubungi saya dengan segera. Kita akan cuba usahakan mana yang termampu. Juga pastikan kenderaan anda dilengkapi dengan peralatan radio yang secukupnya juga untuk proses bergambar.

Dengan itu satu sesi eyeball untuk membincangkan susun atur majlis, pembahagian tugas dan lain2 telah dicadangkan pada 4/3/2009 (Rabu) ini dan lokasi akan diberitahu kelak.

Untuk memudahkan pihak logistik, dicadangkan kepada yang akan hadir kemajlis Amal tersebut sila SMS seperti berikut; (callsign/nama) hadir dan hantar ke 0142511954. Ini adalah untuk penyenaraian kehadiran nanti

Sekian. Kerjasama anda dihargai.

Monday, 23 February 2009

Mee Udang Kuala Sepetang - Dah Sampai


Sebanyak 12 stesen telah berjaya menakluki Mee Udang tersebut. Walaupund alam keadaan cuaca yang tidak menentu, berjaya juga kami harungi untuk 'mencuba' makanan yang menjadi sebutan rakyat Malaysia sekarang ini.
Bermula dari Lokin bergerak melalui Chemor dan Sungai Siput, Kuala Kangsar dan masuk ke PLUS highway menuju kesana. Perjalanan yang lancar pada mulanya tetapi selepas memasuki tol tayar motor rakan pancit disitu, jadi terpaksalah menunggu demi semagat setiakawan untuk meneruskan perjalanan.



Mee Udang Kuala Sepetang, bagi saya, tiada apa yang agak istimewa, cuma ke'banjiran' udang mengikut harga yang dipilih. RM8, RM10, RM15 .... seekor udang RM1.... kalau tak silap. Persekitaran kawasan yang tak berapa 'professional' serta layanan sebelum sampai mee yang dipesan memang hampeh... Bagi mereka yang nak kesana, dinasihatkan untuk membawa 'bekal' alas perut kerana penantian itu satu penyiksaan.




Satu lagi yang hendak diberitahu.. jangan pesan 'mee goreng' di sini... nanti orang gelak kat kita. hehehehe.....













Tu diaaaaa... bil.... nasib tong-tong sorang sikit









p/s foto2 banyak lagi tak dpt masuk dalam sini.. jadi..nanti2 jer lah gambor2 lain tu

Stiker pengenalan VEE99



Artwork ini adalah satu contoh.
Sudah sampai masanya untuk berbuat sesuatu yang berbeza daripada yang lama. Stiker pengenalan ini adalah untuk memudahkan kita untuk mengenali rakan RA disekitar lokalan juga untuk memudahkan kita dalam menjalankan sebarang aktiviti yang melibatkan Kelab.


Contoh yang diambil dari Persatuan Penduduk Perumahan berdekatan untuk dijadikan sample.
Jadi untuk sebarang aktiviti atau apa juga yang melibatkan kelab diharap dapat memudahkan kita mengenali rakan2 dari Kelab yang sama. Tambahan pula dalam pada kita akan bergerak ke media massa tidak lama lagi kita perlu satu identiti yang dapat mencerminkan imej kelab..

Harap dapat memberi komen yang membina.

Friday, 20 February 2009

Eyeball Rakan Radio Ipoh - 24/2/2009

Eyeball akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 24/2/2009 Selasa
Masa : 10.30 - 12.00 malam
Lokasi : Capati Korner, Simpang Pulai Ipoh
Agenda :

1. Persediaan Malam Meraikan anak-anak Yatim Pulai Jaya
2. Projek Konvoi seterusnya
3. Cadangan baju koporat VEE99 (tukar dari T-Shirt)
4. Hala Tuju Vee99
5. Lain-lain hal..

Semua warga radio dijemput hadir. Harap dapat war-warkan kepada rakan-rakan lain yang tidak dapat membaca pengumuman ini.

-9W2HMI

Monday, 16 February 2009

Free Ride VEE99 ke Kuala Sepetang 22/2/2009 - Senarai Nama & Jentera


Berikut adalah senarai nama peserta serta jentera yang akan dibawa. Sila maklumkan kepada saya jika anda ingin turut serta bersama kami;
1. Azahar - Honda Fame
2. Jon - Honda 86
3. Naim - Honda lampu bulat
4. Hazli - Yamaha Y80
5. Cikgu Nik - Krisstar
6. Mus - EX5
7. Hapiz - Kriss/Jaguh
8. Alex - C70 (lampu bulat)
9. Micheal - Suzuki RC100
10. Zam - CG125
11. Zainal Karim - EX5
12. Shafarin - EX5


Friday, 13 February 2009

PERCUMA : jom kayuh lagi..



TARIKH & TEMPAT
Tarikh : 21hb Mac 2009
Tempat Mula & Tamat : IPD Perak Tengah ( Seri Iskandar )
Jarak Laluan : 45KM

TENTATIF PROGRAM
0700 0730 Lapor Diri
0745 0750 Taklimat Kayuhan / Keselamatan
0800 0815 Majlis Perasmian / Flag Off
1130 Cabutan Tiket Bertuah
1300 Jamuan Ringan /Bersurai

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :-
Tel: 05 371 2222 (IPD Perak Tengah C/Insp Kamarul)
H/P :017 558 1676 C/Insp Kamarul
Fax : 05 371 3372
Email : krcsi09@gmail.com
Blog : http://krcsi09.blogspot.com/

100 penyertaan PERTAMA.. PERCUMA.. Baju edisi Khas.

BBQ & Makan-makan untuk VEE99 - UPDATE

Dah lama jugak tak gelak2, sembang2 sambil makan2 bersama. Jadi apakata kita buat macam dulu2 seperti berikut:-

Cadangan : Rumah anak-anak Yatim Pulai Jaya Ipoh,
Tarikh dan masa : Ahad 8/3/2009, 9.00 mlm (Esoknya Maulidul rasul)
Agenda : Bakar-bakar ayam, ikan, udang, sotong dll . Layan movie kat Projektor, bincang2 pasal hala tuju VEE99 dan program yang akan datang.
Bayaran: Rm10.00 per kepala. Makan sampai pecah kepala.

Sila klik pada 'ulasan' dibawah untuk sebarang komen/cadangan.

p/s.. Lokasi ditukar atas rasa perihatinnya kita di VEE99 kepada yang kurang berada. JAdi, kemewahan & kesenangan yang kita kecapi selama ini rasaya patut diagih-agihkan bersama dengan anak-anak yang kurang bernasib baik itu.

Free Ride VEE99 ke Kuala Sepetang 22/2/2009


Tarikh 22/02/2009 Ahad
Tempat tujuan : Kuala Sepetang (Pekena mee udang banjeeeer)
Tempat berkumpul: Dewan Taman Meru
Masa berkumpul : 9.30 pagi
Klasifikasi Jentera yang dicadangkan;
a. Vintage bike 1980's (kapchai)
b. Oldskool bike (APa jenis pun)
Kelajuan konvoi tidak melebihi 60km/j dan diharap tiada kerosakan sepanjang perjalanan.
Sila daftar nama dengan JON utk susun atur pergerakan.
Mungkin disini tujuan kami..... Ni gambar cilok dari 9w2DTL punya website

Wednesday, 11 February 2009

Bermulanya kita - Satu kenangan


Mungkin anda tiada disana semasa foto kenangan ini di ambil dan dimanakah perginya mereka yang ada dalam foto ini?

Tuesday, 10 February 2009

Itulah aku - Harap Maaf

Memang nampak senang jika diperhatikan untuk mengumpulkan orang yang tidak dikenali untuk menjadi rakan kita dan sama-sama tabah mengharungi suka-duka dalam hidup berkumpulan. Tetapi untuk membuatkan kumpulan itu akan dihormati dan tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihah amatlah sukar dan perlukan pengorbanan.
Saya akui kadang-kadang saya bertindak mengikut perasaan tapi hakikatnya saya pasti apa yang saya buat ini adalah untuk kebaikan kumpulan kita ini. Saya tidak mahu ahli2 dijadikan hamba abdi untuk disuruh itu dan ini tanpa ada maruah diri. Tahukan anda dilokalan kita ini dulu tiada sebarang individu/kumpulan yang sanggup untuk menyatukan ahli radio amatur seperti kita ini? Jika ada pun, mesti mendapat tentangan dari pihak tertentu kan?Oleh itu berkat dorongan rakan-rakan yang lama dulu, kami sanggup berdiri teguh untuk menghadapi segala kesukaran dan akhirnya tertubuhlah VEE99 ini.
Memang dahulu saya banyak bertindak lembut dan mengikut sahaja apa-apa cadangan dan akhirnya banyak perkara yang tidak disenangi berlaku. Banyak tomahan dan bisik-bisik mengatakan itu dan ini.. buruknya VEE99 dan sebagainya dan saya diamkan sahaja. Yang sedihnya kebanyakan dari sok-sek sok-sek itu kebanyakkannya datang dari ahli-ahli Vee99 sendiri dan ada juga sekarang sudah mampu terbang tinggi. Itulah lumrah dunia.
Jadi ketegasan dan tindakan dalam membuat sebarang keputusan perlu diterapkan kedalam VEE99 ini supaya nama yang sememangnya telah dikenali di seluruh Malaysia ini akan tetap utuh setiap masa. Saya pasti ramai yang tidak bersetuju dengan cara saya ini dan mungkin tidak menyokong saya, tapi saya rasa sudah tiba masanya untuk bangkit semula dan bergerak kehadapan sejajar dengan kumpulan-kumpulan radio yang lain.
Dulu anda bangga untuk meletakkan ID Vee99 di kenderaan anda tetapi apa yang saya lihat sekarang sudah tidak lagi. Penat jerih rakan2 Vee99 dalam membantu SWAL untuk mendapatkan lesen dahlah tidak dihargai, kita pula dituduh sebagai tak berguna.

Fikir-fikirkan lah


9W2HMI

Sunday, 8 February 2009

Program Kayuhan Berbasikal Shah Alam -Ipoh

Tamat sudah program tersebut dan gabungan rakan-rakan radio Ipoh, PARTS/VEE99 membantu dalam menjayakan program tersebut saya anggap satu kejayaan besar untuk permulaan tahun 2009 ini disamping program konvoi ke Kelantan yang lepas.
Meski pun tidak diberi kepercayaan penuh dalam melaksanakan aktiviti ini namun dengan sifat semulajadi semangat pencinta radio ini beberapa usaha dan perjumpaan antara rakan-rakan dilakukan sebelum program ini dilangsungkan.
Amat memilukan bahawa beberapa insiden dan kejadian yang menyakitkan hati terjadi pada malam tersebut yang tidak dapat saya terima dengan sepenuhnya. Sudahlah tidak langsung di nyatakan dalam mana-mana ucapan di rostrum untuk berterimakasih kepada rakan-rakan Ipoh atas bantuan yang 'kecil' tersebut, ada juga komen dari pihak tertentu yang menyatakan kekurangan itu dan ini adalah kegagalan dari pengurusan kami.
Jadi, cadangan untuk mengadakan mega eyeball dengan rakan-rakan yang turun dari KL pada malam itu terpaksa dibatalkan dan segala makanan dan minuman yang disediakan selepas itu dijamu pada petugas-petugas yang membazirkan masa sepanjang hari menanti utnuk menyambut kedatangan rombongan . (Lebih baik rasanya berbuat demikian...senang hati..)
Penyudahannya rombongan dilepaskaan sendirian untuk keasrama masing-masing kerana 'marshall' rombongan lebih arif tentang jalan Ipoh dari rakan2 Ipoh sendiri. Akhirnya..ada yang tersangkut di dalam aktiviti Thaipusam Taman DR.
Makan pagi yang sepatutnya disediakan pagi itu memang telah di rancang dan terpaksa dibatalkan atas sebab sebab yang diatas itu.
Akhir sekali, saya merasakan adalah satu pembaziran untuk menyambut mereka yang GAH dengan ahli-ahlinya yang ramai dan kemungkinan saya tidak akan join lagi untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti sebegini. Rasanya lebih baik membuat aktiviti kumpulan sendiri walaupun mengambil masa saya yang berharga ini.

Dikesempatan ini saya mengucapkan syabas kepada rakan-rakan yang datang ke Ipoh. Semoga tidak serik dengan kekurangan yang anda hadapi semasa anda menuju kesini.

Catatan ini adalah catatan peribadi yang tidak menyangkut kepada VEE99 langsung.
Maaf jika terkasar bicara.

9W2HMI- YDP Vee99 Ipoh

Wednesday, 4 February 2009

Eyeball Perdana VEE99 -1/2009

Lama dah tak eyeball besor2 yer.. Apakata lepas dapat keputusan periksa nie mana2 SWAL yg nak bukak meja pada otai2 yang memberi tunjukajar (hehehehe...) bolehlah berbuat demikian seperti berikut:

Tarikh : Jumaat 6/2/2009
Masa : 10 malam
Lokasi : Capati Korner Simpang Pulai.
Pakaian : Baju kemeja long sleeve dengan handy ditangan

Jangan pulak dah lulus tu nak terus lesap... karang kena sumpah jadi PTT dek kawan2..hehhe

Tolong war-warkan kat rakan2 lain yang tak mampu baca berita ini

Monday, 2 February 2009

Keputusan peperiksaan RAE 2008/2 dah ada..

Klik pada link untuk keputusan penuh

Klik disini

Tahniah kepada yang berjaya, yang gagal cuba lagi..

Sunday, 1 February 2009

Bantulah Gaza. Satu lagi projek amal VEE99


Demi perikemanusiaan juga projek amal, VEE99 akan mengadakan jualan amal baju-T yang berlogokan seperti yang tertera pada 7hb Februari 2009 di perkarangan Hotel Majestic (Stesen Keretapi Ipoh) mulai jam 2 petang. Ini juga adalah bersempena menyambut kedatangan rakan radio PRADAS dalam misi berbasikal mereka dari Shah Alam ke Ipoh.
Cadangan harga Rm10 sehelai (minima..sesiapa nak sedekah lebih..alhamdlillah) dan semua keuntungan jualan akan diumumkan dan disalurkan ke tabung kemanusiaan GAZA.
Kepada yang ingin membat tempahan, sila berbuat demikian dengan segera. Kuantiti baju adalah terhad. Siapa yang lambat tidak merasalah jawabnya