SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Thursday 15 November 2007

Penubuhan Kelab Komunikasi Amal Vee99 ? Perlu /Tidak ?

Assalamualaikom,
Saya terpanggil untuk menulis lagi pada pagi ini berkenaan dengan topik diatas. Kita semua tahu perkembangan kumpulan ini telah agak besar dari yang dijangkakan. Jadi rasanya kita perlu bergerak setapak lagi untuk memanjangkan jangkauan kita ini.
Penubuhan persatuan atau kelab mungkin dianggap agak sukar memandangkan kita akan terpaksa melaporkan semua aktiviti kelab kepada kerajaan. Tetapi rasanya adalah tidak sukar berbanding dengan risiko yang mungkin kita hadapi sekarang iaitu berkumpul beramai-ramai disesuatu lokasi.
Adalah tidak wajar membebankan kelab atau persatuan lain diatas aktiviti kita kerana sebarang risiko terpaksa ditanggung oleh pemilik kelab/persatuan tersebut.
Disini saya ingin mengajak rakan-rakan untuk berfikir secara rasional apakah kita perlu menubuhkan satu kelab yang ditadbirkan oleh kita sendiri dalam masa terdekat ini?
Jika YA, saya memerlukan 7 rakan yang sudi untuk bersama saya membantu menjadikan KELAB kita satu realiti.
Disini saya ada sedikit info yang diperolehi:-
Bagaimana Menubuhkan Pertubuhan ?
Suatu mesyuarat penubuhan hendaklah diadakan untuk menubuhkan pertubuhan yang dihadiri tidak kurang daripada 7 orang dan nama-nama mereka hendaklah dicatitkan dalam minit mesyuarat.

Mesyuarat penubuhan hendaklah meluluskan resolusi-resolusi seperti berikut:
bersetuju tentang penubuhan pertubuhan.
-Meluluskan nama pertubuhan.
-Meluluskan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan.
-Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja untuk mengendalikan pendaftaran pertubuhan.
-Meluluskan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan yang akan didaftarkan.
-Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (minit mesyuarat) pertubuhan termasuk resolusi-resolusi yang disebutkan di atas.

No comments:

Post a Comment