SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Friday 5 October 2007

Baju rasmi Vee 99

Sekali lagi setelah sekian lama menyepi topik ini kembali semula kerana saya rasa sudah tiba masanya untuk mendapatkan baju rasmi. Ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan rakan-rakan dalam apa jua program yang dijalankan.

Memandangkan kumpulan ini kian ramai dan aktiviti semakin mencabar, rasanya satu trade mark seragam perlu diadakan untuk radio amatur di Perak khasnya dan di seluruh Malaysia amnya.

Saya memilih rekabentuk seperti foto diatas tetapi bukan berwarna oren/putih sebegitu. Warna rasmi Vee99 akan dibincangkan di sesi eyeball yang akan datang. Cadangan saya adalah Ungu/Kelabu. Logo Vee99 depan kanan. Dibelakang tulis Vee99 & address laman web.

Harga adik beradik seperti berikut:

RM28.50 - Untuk saiz Normal seperti dibawah:

XS (36")
S (38")
M (40")
L(42")
XL (44")

Tambahan RM0.70 untuk saiz XXL (46")
Tambahan RM2.10 untuk saiz XXXL (48")
Untuk saiz yang banyak XXXXXXXXL - Kena bincang kemudian.

baju akan dibuat selepas tempahan mencecah 50 helai. Bayaran dikenakan 100% atas setiap tempahan kerana tokey baju bukan berniaga, cuma tolong tempahkan....hehehe...

Ukuran saiz boleh dibuat disesi eyeball nanti. YDP akan bawak baju sample untuk test. Yang tak bercadang nak tempah... tak payah lah try... hehehe....

No comments:

Post a Comment