SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Saturday 14 August 2010

Meraikan anak2 yatim dengan Majlis Berbuka Puasa

Sekali lagi IKRAP/Vee99 akan menganjurkan satu majlis bersama anak-anak Yatim tidak lama lagi sempena Ramadan Al-Mubarak ini.  Konsepnya tetap sama cuma kali ini disetai oleh beberapa kumpulan dari pelbagai hobi/kegiatan demi memeriahkan lagi majlis.
Penetapan hari masih lagi dalam perbincangan kerana lokasi yang sesuai masih lagi belum diputuskan. Desakan dari penderma dan sponsor telah terasa kerana tahun ini ramai yang bermurah hati untuk membuat bakti.
Antara kumpulan yang akan turut serta;
1. IKRAP/Vee99
2. Kelab 4x4 Ipoh
3. Kelab Kembara Malaysia
4. Kelab Bilik Guru Sekolah
5. Team Paintball 59
6. Kelab PUPS PUO Ipoh.

Program ini akan diselaraskan oleh kelan PUPS PUO Ipoh kerana mempunya ramai ahli yang sanggup memberkan sumbangan tenaga dan idea demi menjyakan program ini.

Bagi kami di IKRAP/VEE99 amat berterimakasih kerana memilih kami untuk menjadi tonggak program ini.. Mudah-mudahan kerja-kerja murni ini diberkati oleh Allah.
 p/s bagi yang berasa ingin mendapatkan saham akhirat ini, boleh berhubung dengan pihak kami dengan segera. Sesngguhnya rezeki yang kamu perolehi tahun ini bukan semestinya milik kamu sendiri, sebahagiannya patut diderma ke jalan Allah.....

No comments:

Post a Comment