SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Friday 26 March 2010

Guna Frekuensi 144.990MHz (Vee99) - Jika mencari Hotel Seri Malaysia Ahad ini

Apa yang boleh dibantu pada hari Ahad ini oleh IKRAP hanyalah melayan rakan-rakan jauh yang tidak dapat mencari Lokasi Hotel Seri Malaysia nanti. Team Simplex ini akan menawarkan diri untuk membantu anda supaya sampai dengan selamat  ke destinasi Seminar yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan radio di sini.
Tetapi jika di pemancar masih boleh mencelah, silalah menggunakannya seperti biasa.
Semoga dapat berseminar dengan baik dan mudah-mudahan segala persoalan mengenai radio amatur yg berselirat disanubari anda semua terjawab nanti.....

p/s Diharap menggunakan SOP yang biasa kerana QSO ini akan didengari didalam blog dan dipantau diserata dunia...

No comments:

Post a Comment