Paintball... pemenang bergaya dengan pingat mereka...Meski pun di tempat ke-3, mereka mampu mengalahkan pasukan lain yang kebanyakkannya lelaki.... Tahniah semua!!
Sunday, 28 March 2010
Friday, 26 March 2010
Guna Frekuensi 144.990MHz (Vee99) - Jika mencari Hotel Seri Malaysia Ahad ini
Apa yang boleh dibantu pada hari Ahad ini oleh IKRAP hanyalah melayan rakan-rakan jauh yang tidak dapat mencari Lokasi Hotel Seri Malaysia nanti. Team Simplex ini akan menawarkan diri untuk membantu anda supaya sampai dengan selamat ke destinasi Seminar yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan radio di sini.
Tetapi jika di pemancar masih boleh mencelah, silalah menggunakannya seperti biasa.
Semoga dapat berseminar dengan baik dan mudah-mudahan segala persoalan mengenai radio amatur yg berselirat disanubari anda semua terjawab nanti.....p/s Diharap menggunakan SOP yang biasa kerana QSO ini akan didengari didalam blog dan dipantau diserata dunia...
Tuesday, 23 March 2010
Eyeball IKRAP, berjalan lancar seperti biasa...
Alhamdulillah majlis eyeball berjalan lancar. Beberapa aktiviti kecil akan diadakan tidak lama lagi untuk menikmati kembali keakraban persahabatan sebagai satu pasukan. Kepada yang tidakhadir, informasi akan diberi dari masa ke semasa....
Tuesday, 16 March 2010
Eyeball IKRAP 23/3/2010 - Selasa Capati Korner Spg Pulai
Dah sampai masa untuk mengadakan perjumpaan antara ahli setelah agak lama hanya bertembung diudara. Cadangan adalah seperti berikut:
Tarikh: 23/03/2010 -Selasa
Masa : 10.30 malam
Lokasi: capati Korner Spg Pulai
Agenda:
1. Program IKRAP masa hadapan
2. Program bersama keluarga
3. Perniagaan masing2 dan cadangan promosi bersama.
4. Lain-lain..
Tarikh: 23/03/2010 -Selasa
Masa : 10.30 malam
Lokasi: capati Korner Spg Pulai
Agenda:
1. Program IKRAP masa hadapan
2. Program bersama keluarga
3. Perniagaan masing2 dan cadangan promosi bersama.
4. Lain-lain..
Thursday, 11 March 2010
AGM Astra - Info dari KerianV38
Tuan/Puan,
KEMUDAHAN PENGINAPAN BAGI AHLI ASTRA
Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 13 telah menyediakan beberapa lokasi untuk penginapan ahli yang bakal hadir ke majlis ini. Berikut adalah lokasi penginapan yang disediakan;
LOKASI KEPERLUAN CAJ MASA
Asrama SMT Taiping, Kamunting, Perak.
Semua keperluan disediakan oleh pihak Pengurusan AsramaSMT Taiping. RM5.00 seorang
Check in : 19.3.10, jam 3:00 petang. Check out : 20.3.10, jam 3:00 petang.
Tapak Perkhemahan Caravan Park, Taiping.
Keperluan spt khemah dll dibawa sendiri oleh ahli
Percuma Check in : 19.3.10, jam 5:00 petang. Check out : 20.3.10, jam 12:00 tengahari.
3. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Setiausaha Kehormat ASTRA di talian 016-538 5385.
Sekian, harap maklum.
“BERSAHABAT MELALUI UDARA”
Yang menjalankan tugas,
t.t
(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)
Setiausaha Kehormat ASTRA
Wednesday, 3 March 2010
NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN ASTRA KALI KE 13
NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN ASTRA KALI KE 13
NOTIS ini adalah diberi untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ASTRA Kali Ke 13
akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : Sabtu, 20 Mac 2010
Tempat : Dewan SMT Taiping, 34600 Kamunting, Perak
Masa Pendaftaran : 9.00 pagi
Masa Mesyuarat : 10.00 pagi
AGENDA MESYUARAT
1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
2. Melantik 2 orang Pencatit Minit Mesyuarat
3. Ucapan Presiden & Perasmian
4. Laporan Setiausaha Kehormat
5. Laporan Bendahari Kehormat
6. Membahas Usul Pindaan Perlembagaan
7. Membahas Usul Tergempar
8. Melantik AJK Pengurusan Sesi 2010/2012
“BERSAHABAT MELALUI UDARA”
Yang menjalankan tugas,
(9W2MYR NORUL AMIN BIN HAMSAN)
Setiausaha Kehormat ASTRA
Persatuan Radio Amator Melayu Utara Semenanjung Malaysia
The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia
No. Pendaftaran: PPM/K. 1787/97(3) PPP/K. 114/97 626
No. 7A, Jalan Manggis, Taman Serai
Wangi, 34300 Bagan Serai, Perak.
Laman Web : http://www.astra.org.my
E-mel : setiausaha.astra@gmail.com
“BERSAHABAT MELALUI UDARA”
NOTIS ini adalah diberi untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ASTRA Kali Ke 13
akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : Sabtu, 20 Mac 2010
Tempat : Dewan SMT Taiping, 34600 Kamunting, Perak
Masa Pendaftaran : 9.00 pagi
Masa Mesyuarat : 10.00 pagi
AGENDA MESYUARAT
1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
2. Melantik 2 orang Pencatit Minit Mesyuarat
3. Ucapan Presiden & Perasmian
4. Laporan Setiausaha Kehormat
5. Laporan Bendahari Kehormat
6. Membahas Usul Pindaan Perlembagaan
7. Membahas Usul Tergempar
8. Melantik AJK Pengurusan Sesi 2010/2012
“BERSAHABAT MELALUI UDARA”
Yang menjalankan tugas,
(9W2MYR NORUL AMIN BIN HAMSAN)
Setiausaha Kehormat ASTRA
Persatuan Radio Amator Melayu Utara Semenanjung Malaysia
The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia
No. Pendaftaran: PPM/K. 1787/97(3) PPP/K. 114/97 626
No. 7A, Jalan Manggis, Taman Serai
Wangi, 34300 Bagan Serai, Perak.
Laman Web : http://www.astra.org.my
E-mel : setiausaha.astra@gmail.com
“BERSAHABAT MELALUI UDARA”
Subscribe to:
Posts (Atom)