SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Wednesday 3 December 2008

SWAL & 9W2 berperang di Perak??

Tajuk di atas adalah sebagai gimmik sahaja.

59 Paintball & Sports akan mengadakan satu promosi untuk sukan ini bertujuan untuk memperkenalkannya kepada rakan-rakan radio yang berada disekitar kawasan yang berhampiran.
Pihak 59 mencadangkan untuk mengadakan perlawanan antara SWAL menentang 9W2/9M2 untuk memeriahkan lagi acara ini sebelum SWAL ini akan menjadi 9W2 nanti.

Data adalah seperti berikut:
Tarikh : 21/12/2008 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 ptg ( bergantung pada cuaca)
Lokasi : Padang Tempur 59, Siputeh Perak.

Bayaran Rm20 akan dikenakan kepada setiap peserta dan akan memperolehi;
1. 1 x set Senapang paintball
2. 50 x peluru paintball
3. 1 x set pelindung muka, kepala, dada & perut.
4. Tempat parking kereta & berehat.

Setiap peserta hendaklah sihat tubuhbadan (sakit jantung tak digalakkan) dan mampu menahan bedilan peluru dari lawan anda. Anda perlu memakai kasut bertutup, baju lengan panjang dan seluar panjang. Selipar Jepun, singlet apek & seluar katok tidak digalakkan memasuki padang permainan.
Sila hantar SMS kepada saya (0195958844) dgn menyatakan Nama penuh anda untuk dicatitkan sebagai mereka yang berani menempuh cabaran peperangan ini. Tarikh tutup & bayaran 19/12/2008
Pihak kami menyediakan 18 set paintball untuk anda diluar sana.. harap maklum

Untuk yang malu nak call, boleh hubungi saya di perak59@yahoo.com

No comments:

Post a Comment