SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Friday 20 June 2008

Sesi Perbincangan untuk membantu tabung Kelab

Kelab yang kini telah dipertingkatkan mempunyai Rumah Kelab sendiri yang ditadbirkan oleh ahli-ahli sendiri. Kelab yang selama ini dipandang 'kumpulan jalanan' telah dimartabatkan sebagai salah satu kelab yang mempunyai pejabat urusan sendiri. Meski pun keahlian berdaftar seramai 60 orang lebih tetapi mengikut rekod, lebih dari 200 orang pernah menggunakan frekuensi yang diperkenalkan ini.
Dengan itu, sebagai Kelab Amai yang tidak mempunyai penajaan dari mana-mana pihak pun terpaksa mencari sumber kewangan sendiri untuk menampung kos pengurusan kelab.
Dengan itu rakan kita SWAL MUZ mempunyai cara beliau sendiri dalam menjana sumber kewangan hanya dengan sedikit komitment dari ahli-ahli sendiri. Beliau akan memberi satu penerangan ringkas seperti berikut:

Tarikh; 21/6/2008 (Sabtu)
Masa : 8.30 mlm
Lokasi: Rumah Kelab VEE99
Makanan/Minuman akan ditaja oleh YDP.
Harap kepada yang perihatin dan masih mahu kelab ini meningkat maju, sila hadirkan diri.


YDP

No comments:

Post a Comment