SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Monday 24 September 2007

Eyeball Perdana 22/09/2007

Alhamdulillah sekali lagi kepada semua rakan-rakan
yang telah hadir ke Mega Eyeball pada 22/09/2007
Meskipun terpaksa berkorban masa dalam bulan puasa al-Mubarak ini seramai lebih dari 30 stesen telah menghadirkan diri. Berbagai perkara telah dibincangkan selain dari mengisi borang-borang permohonan untuk menduduki peperiksaan RAE nanti. Disini juga saya bagi pihak rakan-rakan Vee99 ingin mengucapkan selamat datang ke dunia Radio Amatur kepada rakan-rakan baru yang telah hadir pada malam itu.
Berbagai idea dan pendapat dapat di sumbangkan dalam eyeball ini. Kita juga masih tertanya-tanya bilakan rakan PEMANCAR, SCORE dan rakan RA yang lain-lain (BOKBON, 4x4, dll) akan berkunjung ke Perak ini kerana nampaknya bulan 10 & 11 ini adalah agak sibuk kerana sambutan hariraya dan juga persediaan Ujian RAE di hujung bulan November nanti. Apa pun perancangan konvoi ke MELAKA nampaknya agak mendapat sambutan hangat. Mudah-mudahan kali ini banyak ahli dapat hadirkan diri.


Laporan khas: 9W2HMI

No comments:

Post a Comment