SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Wednesday, 29 April 2009

I-bol untuk Vee99 yang Kedua

Majlis perjumpaan Ahli dan Ajk Kelab Vee 99, Ahli dan Ajk Kelab diwajibkan hadir.

Topik: 1. Perjalanan Blog Vee99

2. Pertimbangan yuran Keahlian

3. Projek Vee99

4. Cadangan-cadangan lain

Tarikh : 02- May – 2009

Tempat: Capati coner Simpang Pulai

Masa: 9.30 malam

HAZIZUL ZAIDI BIN MD ISA

9W2-DRH

Selesema babi.. tahukah anda?


Penyakit selesema babi atau swine influenza kini sedang mendapat perhatian ramai. Sehingga 27 April 2009 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan wabak Swine Influenza A (H1N1) terdapat 40 kes yang disahkan di Amerika Syarikat, 6 kes di Kanada, 2 kes di Scotland dan 1 kes di Sepanyol. Sementara itu 1,840 kes yang disyaki dengan 104 kematian di Mexico dan 25 kes disyaki di New Zealand.

Wabak Selesema Babi
Di Malaysia buat masa ini tiada kes yang disyaki memenuhi kriteria penyakit Swine Influenza. Berdasarkan pemerhatian 'influenza like illness', tiada peningkatan kes dan kes berkelompok yang dilaporkan.

Bagi meningkat pengetahuan mengenai wabak selesema babi atau swine influenza ini, berikut adalah soalan-soalan lazim mengenainya;

1. Apakah Selesema Babi?

Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?

Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).

Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).

Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.

Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?

Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan? (bagi bukan Islam)

Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?

Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?

Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?

Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset).

Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.

Ambil langkah-langkah berikut:

* Jika anda batuk atau bersin:
- Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
- Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

* Amalkan kebersihan diri.
Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.

* Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

* Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.

* Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.

Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak melakukan lawatan ke luar negara terutamanya ke negara yang sedang dilanda wabak sekiranya tidak perlu dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Maklumat lanjut mengenai wabak selesema babi atau swine flu ini boleh diperolehi dengan menghubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200 / 03-8881 0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my. Orang ramai boleh juga melayari laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.my untuk maklumat terkini.
Info dari 9W2HMI

Tuesday, 28 April 2009

Junior 9W2PIZ

Tahniah diucapkan kepada 9W2PIZ – ( Hafiz) dan keluarganya atas kelahiran cahaya mata barunya,

Anak perempuan….., diharap XYLnya didalam keadaan sihat. Sesiapa yang ingin melawat boleh mengunjungi Hospital Besar Ipoh.

Sekian ….

9W2DRh

Monday, 27 April 2009

Ais Krim PERCUMA untuk anda


Jika anda dan keluarga tidak kemana-mana di hari pekerja ini (1hb Mei 2009), dengan ini saya ingin menjemput semua ahli VEE99 dan rakan-rakan lain ke kilang WONDERFUL CREAMERY di Jelapang untuk menikmati ais krim pelbagai jenis dengan PERCUMA. Makan sebanyak mana termampu; Cuma anda tidak dibenarkan tapau jerr....
Hubungi saya 9W2HMI di 144.990MHz untuk pertanyaan lanjut.
p/s: Salah satu dari info berguna dari 9W2HMI

Eyeball..........

Dipetik dari Forum VEE99
__________________________


TARIKH : 2/5/2009
LOKASI : CAPATI CONER MEDAN GOPENG
MASA : 9.00MLM

TAJUK : MEMBINCANGKAN TENTANG VEE99 DAN WEBBLOG - SOKONGAN PADA PENTABIRAN BARU - SEBARANG KETIDAKPUASAN BOLE DIUTARA PADA HARI TERSEBUT.

KEHADIRAN ANDA AMAT DIALU ALUKAN.

AHLI DAN AJK DIWAJIBKAN HADIR PADA HARI TERSEBUT.

BAGI YG INGIN MEJADI AHLI DAN YG INGIN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN BOLEHLAH MENDAPATKAN BORANG DISANA.

sebarang pertanyaan contact 9W2MVA/9W2DRH

Sunday, 26 April 2009

Kenduri rumah 9W2RIL 2/5/2009


Kepada yang nak berkonvoi kesana;

Harap dapat tunggu di Restoran Karisma; Simpang Pulai jam 12.30pm, Konvoi akan mula bergerak ke lokasi jam 1.oo petang.
Pantau di frekuensi 144.990MHz untuk informasi lanjut dihari tersebut.


p/s: gambar hanya hiasan

- atas ihsan 9W2HMI-

Saturday, 25 April 2009

Walimatul Urus Adinda 9W2RIL - 2/5/2009 -Jangan Lupa...


Bagi pihak 9W2RIL menjemput semua rakan untuk sama-sama meraikan majlis ini.

Marilah kita bersama-sama berkonvoi kesana kerana jemputan perkahwinan adalah sesuatu yang wajib untuk kita hadiri.













Semoga dapat bertemu dimajlis walimatul urus ini...

Erti sebuah c.i.n.t.a... sebaldi k.a.s.i.h... secubit s.a.y.a.n.g....

selalu yg terjadi....

CINTA :
(sebelum kahwin)

C
= cubit kiri, kanan rasa.
I
= impian indah ibarat syurga.
N
= nikah impian utama.
T
= taat setia membawa bahagia.
A
= awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C
= cuka yang dituang pada luka.
I
= iblis yang merosak minda.
N
= nafsu semata-mata..
T
= tuba yang dibalas semula.
A
= api dalam neraka.



(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.


(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :

(sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.


HATI :

(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?


tetapi yg seharusnya ialah...


C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N- Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T- Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga..


K- Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A- Akad dilafaz cinta berbunga
S- Suami disanjung-tinggi
I- Isteri disayangi
H- Harumlah kasih sepanjang zaman


S- Sayangkan Isteri kasihkan suami
A- Ada masalah, dibincangkan bersama
Y- Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A- Amalkan hidup bertoleransi
N- Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G- Gaduh sesekali tu perkara biasa


H- Hati suami mesti dijaga
A- Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T- Tanggung-jawab dipikul bersama
I- Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

HAZIZUL ZAIDI BIN MD ISA

9w2-Drh

Kelas Radio Amatur

Jangan lupa Kawan- kawan semua, kelas akan diadakan pada hari Ahad ini jam 10 pagi bertempat di Wakaf Part. Hadirkan diri anda !!.

 

 

HAZIZUL ZAIDI BIN MD ISA

__9W2DRH__

Friday, 24 April 2009

Paintball @ Jahang - Perang dalam Hutan 26/04/2009



Pihak pengurusan Lima sembilan ( WE 59) menjemput semua rakan-rakan untuk sama-sama menyaksikan perlawanan paintball pada hari Ahad ini 26/04/2009 bertempat di Kg Jahang Gopeng bermula pada 10.00pagi.
Aktiviti yang julung-julung kali ini bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai satu aktiviti riadah dan memartbatkan lagi sukan ini yang agak kurang publisiti di Perak ini.
Rakan-rakan juga berpeluang untuk mencuba dan merasai sendiri bagaimana rasanya menjadi sebagai pasukan yang akan mempertahankan negara.
Anda boleh hubungi kami seperti nombor yang tertera diatas atau memanggil kami di frekuensi VEE99 (144.990MHz). Frekuensi alternatif pasukan elit kami V59 (146.5375MHz)
p/s: Klik gambar untuk info lebih lanjut tentang paintball ini

Monday, 20 April 2009

Kelas RAE Ipoh - Mulai 3/5/2009

Gambar kenangan kelas RAE 2006 yang lalu di UTP
Kepada semua rakan-rakan yang ingin mengikuti kelas Rae berikut adalah tarikh dan masanya, jadi jangan lepaskan peluang ini bagi menghadapi peperiksaan, diharap anda semua berjaya.

KELAS PERSEDIAAN RAE
KELAS AKAN BERMULA PADA SETIAP AHAD DAN RABU- KELAS AKAN BERMULA MULAI:- 3/5/2009 (AHAD) 10.00 PAGI -12.00 T/HARI- (6/5/2009) RABU 8.00 MALAM - 10.00 MALAM TEMPAT WAKAF PARTS DI SILIBIN

Wednesday, 15 April 2009

Cadangkan Tempat i-bol.

Kepada semua rakan – rakan, mana-mana rakan yang mempunyai tempat makan dan melepak di sekitar kawasan tuan, dan puan sila nyatakan.

Kami sedia membantu anda..

Dari 9W2-Dr-H

Tuesday, 14 April 2009

Anak Hilang. Minta bantuan sebarkan maklumat

Sumber berita dari blog isuhangat

Seorang kanak-kanak perempuan hilang,

Assalamualaikum
Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya :

Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .

Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.

Juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL

Sunday, 12 April 2009

Tahniah kepada 9W2TUO - Jadi ayah

12/04/2009 - tarikh keramat bagi 9W2TUO dan isteri kerana dikurniakan seorang putri dan mereka kini bergelar ayah dan ibu.. Selamat datang ke kelab keluarga.



-9w2hmi

Wednesday, 8 April 2009

INFO- EYEBALL AHAD 12/4/2009, 9.30 MLM

Satu EYEBALL akan diadakn pada AHAD bersamaan 12 april 2009 jam 9.30 mlm di CAPATI CONER simpang pulai...

Topik : membincangkn program2 yang akan datang(ade projek besar kot)dan sebagainya...Dan yang ingin menghantar borang RAE boleh dikumpul pada hari tersebut untuk diposkn..Pada sesiapa yang ingin menjadi ahli baru VEE99, borang keahlian turut disediakn pada hari kejadian...Kehadiran Rakan seperjuangan amat kami hargai..

sebarang tanda ragu2 boleh hubungi (9w2MVA/ 9w2DRH)

9w2SDM menurut perintah...

Tuesday, 7 April 2009

VEE99 - Musim baru cara baru.

Tahniah kepada YDP baru dan tenaga kerjanya kerana telah mendaftarkan VEE99 ini kepada sebuah syarikat yang mana dapat memacukan lagi kelab ini kehadapan. Dengan pendaftaran ini VEE99 telah boleh untuk menjalankan perniagaan dan melakukan sebarang aktiviti yang mana dapat menjana pendapatan untuk kelab ini.
Kepada mereka yang masih mempercayai dan mahu bernaung dibawah syarikat ini, pendaftaran keahlian baru telah dibuka dan pembaharuan keahlian sedia ada juga digalakkan.
Sememangnya agak sukar untuk mem'branding'kan VEE99 kerana selama lebih 3 tahun semangat kental rakan-rakan juga doa mereka, VEE99 telah dikenali seantero negeri.
Semoga maju jaya. Hati saya tetap pada mu VEE99.

p/s Senarai AUTHOR untuk blog VEE99 ini akan dikosongkan dan diharap kepada mereka yang ingin menjadi author semula atau author yang baru dapat memohon kepada YDP VEE99 yang baru .

9W2HMI- EXYDPVEE99

Monday, 6 April 2009

Jemputan Menyertai 'UTP Power Challenge'





Rebutlah peluang memenangi hadiah berjumlah RM3000!!

Berkayak di tasik SUKMA berhadapan Universiti Teknologi Petronas..Berbasikal sejauh 25km di kawasan Seri Iskandar melalui ladang kelapa sawit,kebun sayur,tapak scrambler... Berlari hanya 5km di dalam UTP sahaja..



ABDUL RAHMAN.B.MOHD ZAFRULLAH

Pengarah Projek

UTP POWER CHALLENGE.

019-593 3643



detail lawat disini UTP Power Challenge

Sunday, 5 April 2009

Program berakit VEE99 - Sg Itek --> Jahang


Nantikan infonya tidak lama lagi. Kepada yang berminta dan berani untuk menempuh cabaran ini diharap dapat bersedia.

Saturday, 4 April 2009

Konvoi Cameron Highland - Gambar Langsung (Tanah rata..lunch)


Konvoi berhenti untuk makan tengahari di tanah rata. Gambar lain boleh dilihat di FORUM VEE99


p/s upload guna broadband cikgu Nik

Konvoi Cameron Highland - Gambar Langsung


Ini di teh bharat plantation... jangan marah....

Kampung Jahang - Satu Lokasi Hari Keluarga Menarik

Dalam proses saya mencari lokasi untuk projek paintball saya, saya terpegun dengan lokasi yang sememangnya telah lama ada tetapi tidak saya ketahui.

Kampung Jahang, dimana air sungai mengalir jernih dan sayup mata memandang kelihatan bukit bukau yang hijau.
Ada tempat meletak kereta yang agak besar, kawasan berkelah dan juga chalet juga homestay.
Semuanya ada disitu.



Bagi saya satu pakej yang menarik untuk di terokai oleh kita di hari keluarga yang akan datang....