SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Tuesday, 26 February 2008

Gambar Konvoi Kuda Besi - Makan Angin di Taiping - Kuala Kangsar


Menunggu makanan sampai... borak-borak dulu... terima ksih 9W2YZU yang sponsor makan tengahari


Bergambar di depan masjid Ubuddiah


Bergambar di Muzuem DiRaja Perak


Gambar semasa membuat kunjungan ke Rumah 9W2KLA (Kak Lela) & SWAL RKK (Abg Pian)

## Gambar-gambar di Taiping akan di Upload kemudian

-9w2sbd-

Thursday, 21 February 2008

Check Net Istimewa V44 - Ipoh 21/2/2008

Dalam menyahut seruan 9W2OCD, 9M2NNL dan beberapa rakan senior yang lain, pihak VEE99 setuju untuk 'beralah' demi semangat Radio Amatur di Malaysia ini. Kelab kami yang selalu dianggap sebagai 'tidak professional', 'bermasalah', 'tidak reti QSO', buta SOP , 'bangkai', sampah dan sebagainya telah mengadakan satu 'check net' bagi merapatkan silatulrahim antara dua simplex yang ada di Ipoh ini.
Dengan 9W2RIL sebagai net controller membawa motto 'SATU HOBI, SATU HATI', telah berjaya menceriakan net tersebut. Kebanyakan rakan HAM bersetuju dengan adanya aktiviti ini setiap minggu dapat mereka mengenali satu sama lain disekitar lokalan ini.
Seramai 48 stesen ber'AA' termasuk rakan SWAL sudi untuk menghubungi pengawal rangkaian pada malam tadi.
Apa yang diperhatikan, pihak yang kononnya 'professional' di V44 ini terlalu 'QRL' sehingga tidak dapat bersama pada malam tadi. Itulah adanya.
Sekarang apa lagi patut kami lakukan?

Monday, 18 February 2008

Konvoi Kuda Besi - Makan Angin di Taiping


Cadangan T-Shirt untuk Konvoi motorsikal 24/2/2008. Peserta konvoi = Rm11.50; Marshall = RM18.10; Bukan Peserta RM25.00.

*Cadang stiker untuk motorsikal konvoi seperti di atas
Berikut adalah tentatif agenda seperti cadangan Kapala Projek:
Tarikh: 24hb Februari 2008 (AHAD)
7.00pg - Berkumpul di Tempat letak kereta depan Dewan Taman Meru.
- Check motor
- Tampal stiker
- Bergambar
- Test-test motor rakan2
7.30pg - Bergerak mengikut Highway ke Taiping.
8.30 pg - Sarapan pagi di Taiping (akan diuruskan oleh SWAL MEL @ JBR.)
9.30 pg - Ronda-ronda Pekan Taiping. (Eyeball dengan rakan lokalan - jika ada yang sudi)
12.00tghari - Makan Mee Udang Taiping
1.30 ptg - Rehat/Solat
2.00 ptg - Bergerak Ke Kuala Kangsar (ikut jalan lama)
3.00 ptg - Pekena Laksa Spesel Kuala Kangsar. Jumpa rakan radio disana (kalau ada yang sudi)
4.30 ptg - Ronda pekan Kuale sambil bergambar kenangan
5.30 petang - Balik Ke Ipoh.
6.00 petang - Bersurai ikut rumah masing-masing.

Diharap penunggang Kuda besi bersedia dengan peralatan mencukupi ( spanar, baju hujan, minyak... dll)
Cadangan frekuensi yang di gunakan - 146.990MHz ( BOTA). Diharap rakan lokalan boleh beri ruangan komunikasi pada projek konvoi ini.
Sekian. Selamat ber'KUDA'

9W2HMI

Logo untuk baju kemeja rasmi Vee99



Logo untuk baju kemeja kita. - Final.
Aku dah tak mahu tukar dah. Kalau sesiapa ada idea sila info aku. Baju akan mula di confirm untuk tempahan pada 1/3/2008. Di jangka dapat sebelum 30/3/2008. Kepada sesiapa yang belum order.. sila order segera.

-9W2HMI

Thursday, 14 February 2008

Tuesday, 12 February 2008

Ujian Morse Code 26/03/2008

Kepada rakan-rakan yang berani mencuba.

Notis dari MCMC -klik di bawah
http://www.mcmc.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/UKM08.pdf

Borang Permohonan Peperiksaan - klik link dibawah
http://www.mcmc.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/MCT08AF.pdf

Sunday, 10 February 2008

Spender FMA - Cara nak QRO power ke 7W


Cuba atas risiko sendiri. Anda dinasihatkan untuk menggunakan apa yang telah diset oleh kilang (factory default) bila menggunakan radio ini. Tetapi jika anda degil jugak, apa salah nak cuba kan? walaubagaimana pun pihak VEE99 tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kerosakan alat atau yang lain jika anda menggunakan tatacara ini.

1. Off radio
2. Tekan F . On radio
3. skrin papar ALL RST
4. mskkan 620000. papar TEST
5. tekan 1 (lama sikit) terpapar 97= 5W ; (tekan 3 utk QRP)
6. Tekan skrol ke atas sehingga dapat no 119 (7W)
7. Untuk confirm tekan PTT 1 kali
8. Off radio dan on semula
9. Kuasa pancaran telah naik ke 7W
Jika ada sebarang masalah - sila panggil di 144.990MHz atau 55 9W2DFA,
Moga radio anda tak terbakar... hehehe

Sunday, 3 February 2008

Eyeball Perdana- Februari 2008

Tarikh : 5/2/2008 Selasa
Masa : 9.30 mlm
Lokasi : Restoran Anjung Seri, Taman Meru Fasa 2B (jika tak QSL lokasi, sila panggil di frekuensi)... apa guna ada radio kan?
Kehadirin rakan-rakan amat-amat dialu-alukan.
Tolong infokan pada rakan-rakan lain.

Agenda
1. Menyambut rakan-rakan yang baru lulus RAE (-Info tentang pendaftaran callsign.)
2. Strategi baru untuk kelas RAE akan datang (Kelas, bahan rujukan dll)
3. Program Konvoi Muhibbah Melaka. ??? Pilihanraya?
4. Size T-Shirt untuk semua ahli yang berdaftar di Vee99. Nak bagi free?? hehehe
5. lain-lain hal

Harap jangan uzur.