SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Thursday, 24 May 2007

MOH KONVOI KE KLATE & GANNU WEH !!!







Cadangan:

Tarikh mula: 17/08/2007
Tarikh Tamat : 20/08/2007
Ketua Projek : Ustaz Najdi
(019-5755080)

Program Konvoi Hari Keluarga VEE99 buat julung kalinya akan ke Kota Bharu, Kelantan DarulNaim dan Terus Ke Besut, Terengganu. Program masih lagi dalam proses perbincangan. Kemungkinan kita akan mendapat Penajaan Minyak dan juga lodging jika semuanya berjalan dengan lancar.
Kita menghadkan hanya tidak lebih 30 buah kereta besama keluarga akan mengikuti program ini. Tetapi semasa sesi eyeball 24 Mei 2007 yang lalu, seramai 10 kereta bersetuju untuk turut serta. Bermakna, kita akan mengikut konsep 'FIRST COME FIRST SERVE'. Jadi sesiapa yang mahu turut serta, daftar lah awal, tempat adalah terhad. Kita telah mula mengutip dana untuk memastikan perjalanan kita kesana akan menjadi realiti.


Inilah peluang kita untuk berkenalan dengan rakan-rakan HAM seluruh Malaysia, terutamanya rakan sebelah Pantai Timur. Sementara menikmati keindahan alam sekitar, kita juga dapat menjamu selera dengan berbagai juadah yang unik disana. Harapan kita agar program ini berbaloi kepada kita juga kepada rakan-rakan disana.




Perjalanan juga akan diteruskan ke Besut, Terengganu. Sekali lagi kita juga dihidangkan dengan panorama indah disana dan makanan yang enak-enak yang bakal menjanjikan kita.

Sekali lagi, kita mengharap rakan-rakan tidak melepaskan peluang yang julungkali hadir ini.

Daftar segera agar anda tidak merasa hampa di kemudian hari. Rancang cuti anda, kumpul wang anda dan bagi sedikit ketenangan kepada anak-anak dan isteri untuk satu cuti yang penuh makna.


Di Terengganu kita akan menginap di Resort Seri Indah dan di Kelantan kita akan menetap di Juita Inn. Tetapi ini adalah tertakluk kepada keputusan ramai di sessi eyeball akan datang.
..................................................................................................................................................................

Wednesday, 2 May 2007

Gambar-gambar sekitar Hari Keluarga 1 May di Kolam Pak Aji Jelapang



Bersama keluarga Vee99 di kawasan air terjun Pak Aji MAS kita. Walaupun perjalanan seperti 4X4 tetapi agak berbaloi kerana tempat tersebut masih belum dicemari dan hutan masih dara.





Program Hari Keluarga 6/5/07- Telok Senangin





























Cadangan tempat adalah ditelok Senangin, Telok Batik. Gambar-gambar adalah sekitar kawasan tersebut. Perbincangan lanjut akan diadakan semasa kelas RAE Jumaat ini 4/5/07