SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Tuesday, 27 February 2007

Mega eyeball Vee99 27/28 Februari 2007

Lokasi: Restoran Suka Rasa, Pangkalan, Ipoh
Masa : 9.30mlm - 1.30 pagi


Terimakasih keada semua yang hadir dan kepada yang tidak dapat hadir, terimakasih juga kerana memberi sokongan kepada mega eyeball ini.
Pihak Vee99 agak terkejut dengan sambutan yang diberikan kerana begitu ramai yang hadir walaupun dibuat di gerai yang biasa ini.
Banyak stesen yang hadir, bercall sign SWAL juga mereka yang baru-baru berjunak dengan radio ini. Dengan kehadiran ini dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara rakan-rakan khasnya.
TERIMAKASIH KEPADA TUAN HAJI 9W2GGR KERANA MENJADI HOS (BELANJA MINUM) PADA MALAM ITU

Tuesday, 20 February 2007

Hari Keluarga Ke-2 Vee99 family

Cadangan untuk dibuat di Kuala Gula nampaknya menjadi impian sahaja. Lawatan audit telah dibuat dan didapati kawasan tersebuat agak tidak "menyenangkan" untuk hari keluarga.
Cadangan di Pos Slim Cameron telah di cadangkan dan Audit akan dibuat tidak lama lagi dan berkemungkinan juga akan dibuat di Damai Laut Lumut.
cadangan kali ini untuk menjemput rakan2 lain yang baru atau SWAL juga nampaknya agak menarik. Mudah-mudahan hari keluarga kali ini akan merapatkan tali sirratulrahim diantara rakan2 HAM tempatan juga luar kawasan.


*Foto-foto akan diposkan kemudian

Friday, 16 February 2007

Eyeball 16/02/2007 - Restoran SukaRasa Pangkalan Ipoh

Kehadiran:
1. 9W2HMI
2. 9W2PIZ
3. 9W2OMO
4. 9W2RIL
5. SWAL NAJ
6. SWAL AZI
7. SWAL JAG
8. SWAL MAS
9. SWAL OMMama
10. dan beberapa rakan baru yang meminati HAM Radio ini

Eyeball kali ini di adakan di restoran tomyam dimana bermulanya V99 ini. Kehadiran ramai rakan-rakan baru telah menyerikan lagi majlis ini.
Perjumpaan bermula dengan perbincangan antara rakan-rakan mengenai program Hari Keluarga ke-dua yang dijangka akan di adakan di Kuala Gula Taiping Perak. Dengan konsep memancing dari pintu bilik, kesemua rakan bersetuju untuk mendapatkan informasi lebih lanjut lokasi tersebut.

Photobucket - Video and Image Hosting

Agenda kedua adalah berkisar pada frekuensi yang sering digunakan yang acap kali terganggu dengan siaran teksi yang kebetulan mempunyai frekuensi yang hampir sama. Rakan-rakan telah menetapkan untuk menggunakan 144.990 MHz sebagai frekuansi ujian sebelum menetapkan ia sebagai frekuensi rasmi kumpulan

Photobucket - Video and Image Hosting

Saranan dari kumpulan supaya mempunyai satu baju rasmi sebagi tanda pengenalan juga mendapat sambutan. Kemeja T berkolar, Kemeja T leher bulan atau pun vest telah di cadangkan sebagai pakaian rasmi. Kita akah mencari satu logo sesuai untuk di letakkan pada baju tersebut.

Photobucket - Video and Image Hosting

Saranan untuk menempah stiker kereta supaya orang ramai dapat mengenal pasti kumpulan ini juga mendapat sambutan.

Eyeball bersurai satu demi satu dan kumpulan terakhir meninggalkan tempat duduk jam 12.45 mlm.

Terimakasih kepada rakan-rakan kerana sudi menghadirkan diri di majlis eyeball ini.

Monday, 5 February 2007

Hari Keluarga Vee99 - d'Chalet Sitiawan Perak

Alhamdulillah segala perancangan telah berjalan lancar. 8 stesen telah hadir di lokasi bersama keluarga masing-masing untuk bermalam di sana. Maaf juga dipohonkan kepada rakan-rakan lokalan Manjung kerana tidak mengwarwarkan aktiviti yang telah dijalankan dikawasan mereka.

Photobucket - Video and Image Hosting

Stesen yang hadir:
1. SWAL MAS - Pakaji Buluh Perindu
2. SWAL QFP - Hazizul
3. 9W2OMO - Azhar
4. 9W2RIL - Shahril
5. 9W2VEE - Abg BUD
6. 9W2PIZ - Hapis
7. SWAL ZOL - Zul
8. 9W2HMI - Hazli

Acra dimulakan denganmemasak untuk makan petang. Rebus ubi keledek (purple) cicah dengan kelapa parut bergaram dan gula. Fullmak.... dan ditambah dengan ubi kayu rebus dan paling istimewa ubikayu bakar... Terasa seperti zaman Jepun yang di cerita oleh orang tua kita dulu.


Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Sambil membakar dan merebus, kita mula memasak nasi dan juga membakar ayam, itik, kambing dan lembu. Masih terliur rasanya kerana perapan yang disedia kan oleh SWAL ZOL amat istimewa sehinggakan SWAL MAS yang tidak mahu makan itik telah meyental sehingga dua ketul... Fikirkanlah bagaimana enaknya.

Konsep outing berkeluarga telah tercapai dengan XYL semua stesen telah bergotong royong dalam memasak semua juadah dengan berbagai cara dan citarasa. Semuanya sedap dan semuanya istimewa.

Photobucket - Video and Image Hosting

Sebelah malamnya pula sambil menyediakan makan dan sambil meratah panggangan, sempat jugak berkaraoke. Semua menyampaikan lagu yang menjadi kegemaran masing-masing. Aduh..... kalaulah hujan malam tu.... bayangkanlah.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Larut malam dalam kekenyangan, SWAL ZOl memberi ceramah percuma kepada rakan-rakan untuk memotivasikan diri masing-masing. Saya sempat sental kerang bakar sampai 2 kilo tu... hmmm... favorite lah katakan.

Sebelah pagi, SWAL ZOL masak nasi goreng ala Vee99.... sedap jugak walaupun dalam serba kekurangan tu. Nasi lemak juga telah disediakan oleh pihak pengurusan chalet tetapi baki makanan semalam masih dimakan jugak sebagai tambahan pada apa yang disediakan itu.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Kumpulan bersurai lebih kurang jam 11 pagi. Meneruskan perjalanan masing-masing. Berkonvoi ataupun ke arah yang berlainan.

Segugus doa dipanjatkan kepada ilahi semoga kumpulan ini akan dapat bertahan sehingga bila-bila sesungguhnya amat jarang kita dapat merasakan suasana sebegini dalam situasi dimasa kita masih berlumba-lumba untuk mencari pencarian hidup duniawi.