SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Friday 29 May 2009

VEE99 @ Echolink 146.5375MHz (V59)


Perancangan awal telah lama dibuat. Persiapan sedang giat dijalankan dan cuma beberapa masalah teknikal yang perlu diatasi. Pada mereka yang ingin mencuba, harap dapat memantau di frekuensi atau laman blog ini. Jika tiada aral melntang, kami akan mengumumkan tarikh dan masa pelancarannya.
Biarlah kita mencuba sesuatu yang berfaedah daripada membuang masa memikirkan kemelut carca marba itu...

Rekabentuk contoh interface echolink

Thursday 28 May 2009

VEE99 @ 146.5375MHz (V59)

Bagi memberi ruang kepada bahagian komersial menjalankan tugas-tugasnya dengan berkesan, saya mencadangkan satu frekuensi lain untuk di pergunakan. V59 - 144.5375MHz adalah frekuensi simplex yang dicadangkan oleh MCMC dalam band plan nya.
Saya harap rakan-rakan boleh membuat ujian antena jellopy dengan SWR meter dan satu tarikh akan ditetapkan untuk tujuan tersebut. Diharap rakan-rakan sudi untuk menguji pemancaran masing-masing disetiap masa yang ada. Saya akan cuba berada disana pada masa terluang untuk mengesahkan audio anda..

p/s Selalunya kita dilingkungan 144 HHz sahaja... cuba tengok keupayaan antena anda pada 146MHz ....... Kemungkinan saya akan menyambungkan kepada echolink tidak lama lagi.... dapat jugak kita merasa QSO dengan rakan luar...

Wednesday 27 May 2009

Lari dari tujuan asal?

Saya memang telah menduga bahawa perkara ini akan terjadi semasa saya membaca E-QSO satu masa dahulu. Cadangan tersebut memang saya tolak mentah-mentah kerana ia telah jauh bercanggah dari tjujuan asal pembentukan VEE99 ini. Ini menyebabkan sesetengah pihak menyerang saya secara peribadi dan kini segalanya telah menjadi kenyataan bila hasil 'eyeball' yang lalu memgesahkan pihak mana yang mahu cadangan itu dilaksanakan.
Sedikit soalan dari saya selaku pemegang amanah yang diberi tugas menjaga kepentingan VEE99. Anda fikirkan dan anda jawab sendiri...
1. Kenapa sekarang VEE99 perlukan penaung sedangkan selama ini VEE99 digerakkan oleh ahli-ahli itu sendiri dengan sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit yang tidak ternilai itu?
2. Kenapa perlukan penaung kerana jika ada penaung sebarang aktiviti mesti melalui penaung dan tidak boleh dilakukan sesuka hati kita. Apakah VEE99 tidak mempunyai tenaga dan wang ringgit dan mengharapkan agar penaung akan menawarkan budget untuk sebarang aktiviti kita?
3. Pihak VEE99 tidak menghalang mana-mana pihak untuk memasuki mana-mana Persatuan/Kelab pun selagi mereka diterima oleh Persatuan/Kelab tersebut. Anda boleh pantau banyak grup di Ipoh ini yang ada kumpulan-kumpulan tersendiri... VEE99 tidak pernah mengambil tindakan sendiri dengan mereka.
4. Kenapa eyeball dibuat dilokasi 'tidak popular' oleh kebanyakan ahli VEE99 yang setia sehingga sekarang ini? Adalah disitu semua ahlinya mendaftar dengan Vee99 atau tidak pun memeriahkan VEE99 selama ini? Bukan mahu menidakkan hak individu tetapi tujuan apa juga disitu masih memilih YDP sekali lagi? Buktinya adalah pemilik VEE Sembilan Sembilan yang sah hadir?
5. Menidakkan konsep 'AMAL' dalam VEE99 adalah amat bercanggah dengan perjalanan kumpulan ini. Bayaran keahlian adalah perlu untuk VEE99 Komersil kerana untuk menggerakkan sesuatu Kelab, perlukan modal ( setakat laporan terkini 12 orang sahaja mendaftar). Untuk memancar di Frekuensi 144.990MHz adalah BEBAS selagi anda mempunyai lesen yang sah atau SWAL yang dibawa oleh 9W2 dan mesti dibimbing oleh pembawa SWAL itu sendiri. Konsep ini sudah lama dipraktikkan.
144.990MHz bukan milik mana-mana individu atau kumpulan cuma digunapakai oleh ahli2 VEE99 di Ipoh ini sahaja.
6. Saya sudah cuba berunding dengan 'YDP' baru berkenaan perkara ini dan malang sekali tidak diendahkan dan dianggap mencampuri urusan pentadbiran beliau. Jika saya dituduh tidak mendengar nasihat ahli2... kenapa sekarang saya sebagai ahli berbayar tidak mahu terima nasihat saya.
7. Akhir sekali, bagi saya.. konsep AMAL ini akan tetap saya teruskan demi tanggungjawab yang diberi oleh pelopor VEE99 satu masa dahulu. Ini adalah pendapat saya dan tidak mencerminkan pendapat ahli2 kelab yang lain. Anda mempunyai hak untuk tidak setuju dengan pendapat saya ini

p/s Saya akan biarkan kepada ahli-ahli untuk memilih hala tuju perjalanan kelab ini...
Maafkan saya kerana gagal untuk mempertahankan konsep asal kelab ini

Tuesday 26 May 2009

Bernaung dibawah Persatuan?

Ini pendapat saya;
1. Kenapa perlu bernaung sedangkan kita adalah Persatuan dan Persatuan adalah kita. Kerana rata-rata ahli Persatuan adalah kita juga.
2. Konsep asal penubuhan VEE99 komersil tidak langsung difahami oleh kebanyakan dari mereka. Pada mesyuarat terdahulu, saya sebagai YDP bersetuju untuk membenarkan VEE99 melangkah setapak lagi dengan menubuhkan sayap komersilnya. Tujuannya adalah menjana pendapatan dari brand VEE99 yang telah kita popularkan selama ini. Sekiranya berjalan baik, ahli-ahli VEE99 akan mendapat bahagian masing-masing dari keuntungan yang diperolehi.
3. Kita bukan ketandusan ahli di VEE99, kita bukan mencari ramai ahli, tetapi mencari ahli-ahli yang berkualiti yang sanggup untuk bersusah payah seprtimana mula-mula kita mempertahankan VEE99 ini.
4. VEE99 Amal tetap ada. Tiada pengurusan baru kerana ia diurus oleh ahli-ahli yang setia bersama VEE99 sehingga sekarang. Mereka inilah yang menjadikan VEE99 tetap ujud sehingga sekarang ini dan ahli-ahli sebegi yang kita mahu untuk berada dalam VEE99 ini.
5. Jika VEE99 Komersil menjadi satu masalah besar dalam kemelut ini, saya akan mengarahkan ia dibubarkan serta merta kerana VEE Sembilan Sembilan Communication and Sports adalah milik VEE99 amal sendiri.

Kita di VEE99 tidak langsung menghalang ahli-ahlinya untuk masuk ke Persatuan mana-mana pun malah menggalakkan mereka yang berlesen supaya terbang jauh dan membantu mereka yang lain sebagaimana kami buat kepada mereka.

Harap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan sekarang.

Sunday 24 May 2009

http://vee99.blogspot.com - Isu besar?

Banyak sangat menyangkal dan banyak sangat buat komen. Tapi yang buat komen langsung tidak pernah ikut perkembangan kelab. Yang seronoknya, bukan ahli pun dan dapat cerita dari rakan-rakan yang kebanyakkannya menambah kesedapan cerita dengan menokok tambah dari cerita asal. Eyeball yang dirancang oleh YDP baru pada 26/5/2009 ini mungkin dapat merungkai persoalan ini,
1. Tujuan asal VEE99 amal membenarkan penubuhan VEE99 komersil (VEE sembilan sembilan, 9W2MVA & 9W2DRH)? Walaubagaimanapun saya tetap juga menguruskan VEE99 Amal.

2. Kenapa suara bukan ahli (yg tak bayar yuran tahunan 2009) selalu ditonjolkan sebagai betul? Kalau benar2 sayangkan VEE99, kenapa tidak saja menjadi ahli yang bernaung dibawah vee sembilan sembilan?

3. Blog ini telah diberikan admin access kepada pengurusan baru dan kenapa takut owner mengganggu kerana kalau betul perjalanan dan tujuan asal kelab ini seperti dipersetujui.. owner dengan senang hati tidak akan update apa2 lagi... Saya tidak mahu terjadi kepada satu laman dimana kepercayaan telah diberi kepada seseorang untuk menjalankannya tetapi tiba-tiba didelete tanpa memberitahu kepada empunya laman. Itu satu pengajaran terbaik untuk saya supaya lebih berhati-hati. Bila masa gembira, kita tidak kisah apa pun. Bila sudah rasa tidak puashati, segalanya bertukar rupa.

4. Kenapa orang lain sibuk2 dalam VEE99 ini? Adalah mereka betul2 ikhlas dalam membantu atau saja2 nak biarkan VEE99 ini terus dimaki dan dikecam seperti mana mereka mahukan sejak dulu lagi.

5. Saya berhak untuk menyuarakan pendapat saya kerana saya. 9W2PIZ & 9W2DRH adalah pengguna asal 144.990MHz, dan 9w2AFR memberi nama dari Simplex keluarga Ipoh ke Vee99. Frasa 'Kelab komunikasi Amal VEE99' adalah idea saya dan design logo adalah idea asal 9W2SBD.

Thursday 21 May 2009

http://www.vee99.prk.my - Laman Forum & Berita

Laman berbayar ini telah lama di bina tetapi sudah tidak digunakan sekarang. Untuk memeriahkan semula diharap anda boleh memberi sumbangan artikel atau berita kerana laman ini lebih bersifat dua hala dan terbuka serta dapat men'dengar' suara ahli-ahlinya. Kepada yang sudah mendaftar boleh meneruskannya dan kepada yang belum mendaftar harap boleh daftar segera. Verification diperlukan kerana baru-baru ini telah di banjiri oleh auto-register spamming dari luar negara.
Pendaftaran adalah percuma. Selamat berforum.

KLIK SINI atau GAMBAR UNTUK KESANA

Wednesday 20 May 2009

YDP baru VEE99 Komersil (VEE Sembilan Sembilan Communication & Sport)

Pihak pengurusan VEE99 Komersil telah bersetuju sebulat suara untuk melantik 9W2TOR (Cikgu Nik) untuk menerajui syarikat tersebut sebagai YDP. Dalam ucapan sulungnya, beliau berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memartabatkan semula VEE99 ini. Doa kami agar beliau dapat menjalankan tugas dengan baik dan kami akan menyokong beliau sedaya mungkin

Wednesday 13 May 2009

Eyeball VEE99 (amal) - Selasa 19/05/2009 (Kelolaan 9W2HMI)

Kepada semua yang dapat membaca ruangan ini.
Saya akan mengendalikan sesi eyeball pada kali ini memandangkan Jawatan kuasa (komersil) yang ada sekarang agak sibuk dengan tugasan masing-masing.
Ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pro & kontra tentang VEE99 ini dan diharap anda dapat hadir pada majlis tersebut untuk memberi sebarang komen & pendapat umum.

Tarikh: Selasa 19/05/2009
Masa : Bermula 10.00 malam
Lokasi: Kedai tomyam KMM (Sebelah workshop 9W2JOI)
Kehadiran : Semua di jemput hadir(tidak kira ahli atau tidak).
Agenda:
1. Kesuraman VEE99 , Kenapa?
2. Bubar atau teruskan Vee99 (amal). Cadangan & Bantahan
3. Laman Blog. Teruskan? Buang?
4. Aktiviti yang dirancang (JIKA ADA). AKtiviti cadangan..
5. Hala tuju VEE99 - Dari idea YDP Baru..(Komersil)
6. Keahlian & yuran - Perlu atau tidak?
7. Lain-lain hal yang anda tidak puashati (termasuk personal) dan cadangan yang membina

Saya berharap eyeball kali ini akan menjadi satu titik permulaan VEE99 atau sebagai penutup bagi kelab amal ini.


p/s Saya tidak sanggup untuk melihat VEE99 tenggelam sedikit demi sedikit kerana lebih baik ditutup dari dibiar usang & rosak begitu sahaja...Kepada yang inginkan informasi lanjut tentang eyeball ini..boleh menelefon terus ke 0195958844 atau terus saja di eyeball nanti


-9W2HMI 0195958844-24/7

Monday 11 May 2009

Dimana & Kemana Part 2.....

Saat-saat bersama memang tidak dapat dilupakan. Kejayaan demi kejayaan dicipta seperti yang dirancangkan... Terimakasih kerana perjuangan anda semua

Thursday 7 May 2009

Dimana & kemana?

Kan bagus kalau dapat bersama-sama bergelak ketawa seperti satu masa dahulu....

Sunday 3 May 2009

Pengurusan Baru Laman Blog VEE99

Kepada semua yang sering mengunjung laman ini, mulai 1hb Mei 2009 pengurusan blog (vee99.blogspot.com) akan diserahkan kepada ahli jawatan kuasa yang baru dilantik pada 1hb April yang lepas. Diharap anda memberi sokongan kepada mereka.
Segala apa yang dipaparkan selepas ini adalah menjadi tanggungjawab pengurusan yang baru dan diharap anda tidak menghubungi saya lagi untuk sebarang komen mengenai laman blog ini KECUALI dalam keadaan darurat SAHAJA. Untuk ruangan Forum VEE99, http://vee99.lefora.com/ akses moderator telah diberi kepada YDP yang baru.

Untuk pengetahuan semua, saya hanya akan menguruskan blog saya sendiri (9W2HMI) dan blog-blog dibawah pengurusan saya sahaja. Hubungi saya jika ada antara blog ini masih lagi mengganggu perjalanan blog vee99 yg asal...


Harap maklum. Terima kasih kerana menjadi pengunjung setia blog ini.