SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Thursday 29 January 2009

Kelantan lagi.......


Ni kalau kat Perak pasti jalan hoyong hayang kalau pekena air nie, tapi di Kelantan air tuak hanya lah air Nira Nipah (rasanya lerr..) sahaja yang tidak memudaratkan kesihatan.

Itulah speselnya Kelantan ini...

Tuesday 27 January 2009

Kelantan - Papantanda istimewa


Mungkin anda kenal Farah Fauzana. Di Kelantan nampaknya ber'tudung' kemas.
Terkejut jugak bila kali pertama tengok papantanda tu.

Monday 26 January 2009

Konvoi Kelantan - Satu kenangan II


Sebelum sampai ke Gerik. sempat juga singgah di Banding. Sampai ke gigi air dan tiupan anginnya yang agak kuat menyamankan dan melegakan rasa keletihan memandu yang lama sebelum ini.











Terimakasih kepada 9W2MIX yang menanti kita di bulatan Highway Salor sebelum berlepas balik. Disini juga ribuan terimaksih kepada rakan2 Kelantan terutamanya 9W2SEN yang bersusah payah memberi informasi kedudukan Hotel semasa ketibaan kami. Juga rakan2 yang sempat dihubungi di frekuensi 146.500MHz termasuklah 9W2KEY yang menunjuk jalan ke Rantau Panjang... Jasa kalian akan tetap dikenang.

p/s - sempat juga TT dgn SEN mlm tu di stadium ..pekena 'colek'







Makan pagi - punyalah makan di Pasar Siti Khadijah. Fullamak... terangkat!















Ini adalah layout depan anda semasa breakfast di Pasar Siti Khadijah. Hrmm..... hancur diet aku wehhh











Ini bukan balai polis, tetapi tempat penginapan kami semasa 2 hari di sana... Keseluruhannya agak bagus, dengan toilet yang besar aircond..fuhhh sejukkkkkkk.... dan angin yg kuat bila buka tingkap... bersesuaian dengan bayaran yang dikenakan.

Konvoi Kelantan - Satu kenangan I


Sebelah petang, sempat juga melawat kilang batik NORDIN.














Makan tengahari di GEE Restoran Rantau Panjang. Dalam kesesakan yang gawat, sempat juga mencari lokasi untuk menjamu selera sebelum masuk ke kawasan membeli belah










Mencari kain batik dan seumpamanya di Pasar Siti Khadijah amat mengelirukan. Banyak pilihan tetapi tak banyak 'pitih' ... Layan jer mata jawabnya












Sarapan pagi, seperti biasa.. nasi lemak di Stadium Sultan Muhamad ke 4. Fuhh..balun sakan.. macam2 ada...

Saturday 24 January 2009

Kelantan- kami disini

Grup konvoi bergaambar beramai2 sebelum bergerak ke Kelantan
















Sebahagian dari kereta konvoi..











p/s Artikel ini di tulis d Kelantan, McD depan Pasar Siti Khatijah... WIFI Free....hehehe

Wednesday 14 January 2009

Kelantan - Tunggulah kehadiran kami

Tinggal seminggu lebih saja lagi Konvoi VEE99 akan bergerak ke Kelantan untuk merehatkan minda disamping membeli belah. Sudah tak sabar rasanya para peserta untuk menanti saat tersebut.


Kami akan cuba updatekan perjalan ini nanti dari masa kesemasa. Nanti-2kan lah..

Sunday 11 January 2009

Tentatif program Konvoi Suka-Suka ke Kelantan 24-27 Januari 2009

24/1/2009
8.30 pagi - Berkumpul di depan Dewan Orangramai Taman Meru
9.30 pagi - Breifing perjalanan, tatacara/susunatur konvoi, lekat stiker d.l.l.
9.50 pagi - bacaan doa beramai-ramai
10.00 pagi - Konvoi bergerak
1.00 tghari - Hentian Perah Grik - Makan tengahari/ toilet/solat
2.00 ptg - Konvoi Bergerak semula
3.00 ptg - Hentian Panorama - bergambar, makan angin
3.30 ptg - Bergerak ke Kelantan
6.00 ptg - Sampai ke Hotel Seri Cemerlang - check in/rehat/mandi dll
8.00 mlm - Makan malam - lokasi - akan diberitahu kelak
9.00mlm - Ronda2 Kota Bharu - tengok2 lampu.
12.00mlm - Balik hotel/lepak/sembang2

25/01/2009 & 26/01/2009
7.00 pg - Sarapan pagi - Pasar Siti Khadijah
8.00 pg - Shopping/ melawat pasar d.l.l
1.00 tghari - Makan tengahari - Masa sendiri/ lokasi sendiri
2.00ptg - Sambung shopping/ Lawatan /Berkelah
7.00 mlm - Makan Malam - dibincang nanti
8.30mlm - Pasar Malam/ Shopping
12.00 mlm balik hotel tidur

27/01/2009
7.00pg - Sarapan
8.00pg - Berkemas untuk bergerak pulang
10.00pg - Bergerak pulang ke Ipoh
6.00 ptg - Sampai ke Ipoh - bergerak kerumah masing2.

FREKUENSI YANG DIGUNAKAN : 144.990MHz
FREKUNSI TENTATIF : 144.910 MHz

**Jadual ini adalah sebagai tentatif sahaja dan mukan akan ditukar pada saat-saat akhir.

Sunday 4 January 2009

Baju Konvoi dah siap - tunggu nak pergi jer ni!!


Sample baju konvoi telah pun siap dan kali ini pembuatan baju adalah berlainan sikit dari yang dulu-dulu. Memandangkan agak istimewa, tempahan akan hanya dibuat mengikut jumpah rakan yang membayar sahaja.
Cadangan harga RM20 untuk semua saiz. Bagi yang tak berkesempatan pergi dan mahu juga memesan baju ini, sila berbuat demikian segera.
Hotel dah tempah, orang dah ada, baju dah siap ... apa tunggu lagi... kita meeting untuk tentatif perjalanan ini.... bila tu??