SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Sunday 30 November 2008

Bowling dgn Rakan Paintball Manjung (ditunda)

Rakan Paintball Manjung diketuai oleh saudara Emir mengajak kita untuk bermain dalam acara bowling seperti berikut:

Tarikh 5/12/2008 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pusat Bowling Jaya Jusco. IPOH
Konsep: Datang, bayar, main.

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut di no 019-5958844 @ 144.990MHz. Semoga kehadiran anda dapat menceriakan rakan-rakan yang bertandang jauh itu.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

9W2HMI @ CELCOM0195958844 @ 144.990MHz

Friday 28 November 2008

Tips bila kehilangan anak

Berikut adalah antara tips dan langkah-langkah pencarian segera mangsa culik:-
Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak
1. Buat laporan awal dan menghubungi balai polis berdekatan, bilik gerakan daerah
2.Laporan segera supaya dapat dimaklumkan kepada kereta peronda dan polis bertugas
3. Walaupun laporan lazimnya dibuat selepas 24 jam kehilangan tetapi bukan satu kesalahan buat laporan awal
4. Maklum kepada jiran sebelah,terdekat, ketua kampung atau blok
5. Buat persempadanan pencarian segera dalam sekitar dua kilometer
6. Nyatakan nama, pakaian terakhir yang dipakai, perawakan dan ketinggian kanak-kanak
7. Hubungi segera talian NUR 15999 kerana hebahannya akan lebih drastik
8. Edar gambar kanak-kanak tersebut sekitar lima ke 10 kilometer daripada rumah keluarga mangsa
9. Edar gambar ke stesyen minyak, kedai serbaneka, rumah tumpangan, hotel, kedai makan khususnya kedai makanan segera.
10. Andaikan, untuk tutup mulut atau hentikan tangisan kanak-kanak, penjenayah akan membelikan makanan
11.Tampalkan juga di syarikat penghantaran makanan segera sebab kemungkinan penjenayah memesan makanan daripada tempat persembunyian.

Dua jam kemudian
1. Meluaskan lokasi pencarian ke kawasan yang 'di luar jangkaan'
2. Cari tempat yang tidak terlintas difikiran akan menjumpai mangsa.
3. Cari ke kawasan semak belukar, rumah kosong, perkuburan, stesyen bas, teksi dan keretapi.
4. Jangan abaikan tempat seperti bangunan sub-stesyen seperti janakuasa elektrik, kawasan tangki air walaupun itu tempat larangan.
5.Ambil kira faktor kecurigaan terhadap kediaman atau rumah yang disyaki ada penghuni tetapi sentiasa ditutup dan tidak menampakkan sebarang aktiviti langsung namun kelihatan sesekali kelibat inidividu keluar masuk.
6.Edarkan Poster ke sebanyak tempat mungkin

Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa jenayah
1.Dalam kenderaan persendirian,melihat orang dewasa duduk di belakang bersama dan sedang memegang seorang kanak-kanak dan budak itu dalam raut ketakutan, diam atau pun menangis.
2.Dalam bas atau kenderaan awam, orang dewasa itu sentiasa memegang kejap dan erat kanak-kanak itu
3. Sentiasa menengking dan menyuruh kanak-kanak itu supaya mendiamkan diri
4. Dilihat antara orang dewasa dan kanak-kanak itu tidak mesra seolah-olah tidak ada hubungan kekeluargaan sesama mereka.

Lokasi mudah penculikan
1.Tempat yang wujudnya komunikasi atau interaksi dengan mangsa seperti taman permaianan, pusat beli-belah, kunjungan pasar malam.
2.Tempat yang tiada pengawasan ibu bapa
3.Cybercafe dan tempat ibadah seperti masjid dan kuil juga tidak terkecuali daripada menjadi antara lokasi mudah untuk penculikan

Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh
1.Beri ganjaran selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu.
2. Penjenayah yang pertama kali menculik, akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya
3. Hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.
4. Penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini
5. Bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa.
6. Jangan para bomoh, paranormal atau dukun memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa dengan memberi jaminan bahawa mereka boleh menemui kanak-kanak tersebut.
7.Ikhtiar cara yang diredhai oleh Allah SWT

Segala makulumat dan tips ringkas ini adalah petikan daripada wawancara wartawan Harakah AZAMIN AMIN dengan Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim (www.kamalfndhashim.blogspot.com) yang telah disiarkan dalam keluaran akhbar Harakah awal tahun ini.Jika berkesempatan dan berkemampuan, cetak tips ini untuk diedarkan.Sehingga berita ini ditulis Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada 9 Januari lalu di Taman Medan, Petaling Jaya belum lagi ditemui.Semoga seluruh rakyat Malaysia prihatin dapat membantu mengesannya di samping berdoa agar Sharlinie dijumpai dalam keadaan selamat dan doakan roh Nurin dirahmati Allah SWT.-

Wednesday 26 November 2008

Kenapa saya banyak kat Sini..??



Statik di atas menunjukkan hampir 57% QSO saya di VEE99@144.990MHz.. Kenapa? Mungkin saya suka QSO disini.. mungkin ramai rakan-rakan saya disini.. atau VEE99@144.990MHz "VERY THE BEST".. jawapan pendek yang saya boleh katakan... "COOL" kat freq ini..

1st Handy yang dipinjamkan oleh YDP... 9W2HMI Abg Hazli.. untuk saya monitor TK-208 kalau tidak salah saya... masih saya simpan lagi tali yang mengikat handy tersebut..

sebab apa Tali saya simpan..? cuma saya yang tahu jawapannya..

-9w2sbd-

Mega Eyeball - Capati Corner Simpang Pulai 26/11/2008



Alhamdulillah dan terimakasih kerana kebanyakan rakan tempatan masih lagi menyokong VEE99 secara dasarnya. Kesimpulan yang dapat diungkai pada eyeball malam tadi adalah seperti berikut:-

1. Menghormati kehendak MCMC yang melarang SWAL memancar di frekuensi Amatur. Jika berkeperluan boleh menggunakan kendalian.
2. Melatih rakan SWAL supaya lulus RAE secepat mungkin dan memastikan semuanya mempunyai lesen untuk memancar mengikut undang2.


3. Checknet akan dijalankan semuala seperti sediakala dan hanya yang berlesen sahja boleh mengendalikan net. Rakan SWAL boleh mengikuti sama dengan kendalian atau pun cara hantaran mesej Teks (SMS)
4. Hari Keluarga RA Ipoh, 13 &14 hb Disember akan di teruskan seperti yang dirancangkan. Kepada yang mahu mengikuti program ini boleh menghubungi 9W2JOI.
5. Perbincangan untuk menubuhkan pasukan bantuan kecemasan diwaktu bencana masih lagi dalam pertimbangan.
6. Membenarkan semua yang berminat untuk menulis didalam blog ini, supaya dapat sama2 berkongsi ilmu juga berita. Kepada sesiapa yang berminat sila e-mail saya di kelab.vee99@gmail.com untuk mendapat akses.
7. Perbincangan tamat jam 12.05 mlm.


Laporan dari 9W2HMI

Tuesday 25 November 2008

Adakah kita prihatin??

Sedikit bakti kita mungkin dapat membahagiakan orang yang memerlukan. Jadi... kalau bukan kita..siapa lagi?

Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
Seperti tahun-tahun yang lepas Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan menaja pakaian seragam sekolah dan keperluan-keperluan lain untuk sesi persekolahan 2009 yang akan menjelang tidak lama lagi.
Pada tahun ini pihak Yayasan akan menaja 200 orang anak-anak yatim, miskin & terbiar dari 6 buah rumah jagaan seperti berikut :
1. Rumah Jagaan Nurhikmah , Kajang, Selangor 40 org
2. Asrama Nurul Iman, Manjoi, Perak 30 org
3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, KL 55 org
4. Asrama Qanaah, Tmn Greenwood, Gombak,KL 20 org
5. Pondok Penyayang Raudah , Bt 11, Gombak 30 org
6. Pusat Jagaan Sri Sabah , Kuala Lumpur 25 0rg
Jumlah keseluruhan ialah 200 org
Anggaran kos bagi setiap anak ialah RM100.00
Jumlah yang diperlukan ialah RM20,000.00 (Dua puloh ribu)
Sehubungan dengan itu kami merayu bantuan dari orang ramai dan badan-badan korporat serta NGO untuk membantu kami mengumpul dana untuk tujuan tersebut.
Terdapat EMPAT cara untuk menyumbang untuk program ini :
1.Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.
2. Sumbangan melalui cek / money order atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH 564306010610 (Maybank) dan diposkan ke alamat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
3.MELALUI CIMB ONLINECaranya ialah :
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit
4. Menghubungi kami di talian 03-87332411 (waktu pejabat) atau 012-2968649 (En. Fadzil) jika anda ingin membawa anak-anak tersebut pergi membeli-belah keperluan persekolahan mereka.
Keperihatinan anda sangat-sangat kami hargai dan kami sanjung tinggi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Keutamaan memelihara anak yatim
1. Menjadi teman Rasulullah SAW di syurga
2. Dihindarkan dari musibah
3. Menjadikan rizqi berkah dan bertambah
4. Diberikan jalan keluar dari permasalahannya
5. Dimudahkan urusan-urusannya
6. Menimbulkan sifat lemah lembut dan kasih sayang
7. Sebagai jalan menuju husnul khatimah
-------------------------------------------------------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,Taman Mesra,
43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.
Telefon :03-87332411Fax :03-87332967
EMAIL : presiden@nurhikmah.org.my

Monday 24 November 2008

Teladan atau Tauladan ?

Anak-anak lebih banyak memerlukan teladan daripada kritik.

Orang besar memperlihatkan kebesarannya dengan cara bagaimana dia memberikan teladan kepada bawahannya.

Jangan mengambil teladan orang lain sebagai alasan bagi membenarkan yang salah.

Kita tidak dapat menyelesaaikan apa-apa dalam kehidupan ini, kecuali dapat membuat suatu permulaan dan mewariskan teladan yang baik.

Memberi teladan adalah lebih baik daripada memerintah atau pun melarang.

Tidak ada yang lebih menular dari teladan, perbuatan baik diikuti perbuatan baik, dan perbuatan buruk diikuti oleh perbuatan buruk.


**cilok dari blog oranglain

Saturday 22 November 2008

Eyeball Perdana Vee99- Rabu 26/11

Tarikh : RABU; 26/11/2008
Masa : 9.30mlm
Lokasi: Capati Corner Spg Pulai

Kita masih menunggu surat rasmi dari MCMC dengan arahan yang telah diperbincangkan. Sehingga kini tiada ada berita dari pihak mereka. Jadi saya membuat keputusan yang perlu diperbincangkan sesama kita.
Kepada yang masih bersama VEE99 dan mahukan ia diteruskan lagi ...diharap dapat hadirkan diri. Rakan SWAL juga diwajibkan hadir.

Agenda:
1. Hala tuju Kelab- terus / tutup
2. Rakan SWAL - bantu / berdikari
3. Hari Keluarga - teruskan / batal
4. Dan lain-lain


Kepada yg dapat membaca notis ini, harap dapat war-warkan kepada yang lain.

Thursday 20 November 2008

Renungan untuk Semua

- Bukan dosa kecil lagi kalau berkekalan dan bukan dosa besar lagi kalau dimohonkan keampunanNya..
- Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama.
- Lelaki yang berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah...
- Dalam kesakitan teruji kesabaran, dalam perjuangan teruji keikhlasan, dalam ukhuwah teruji ketulusan, dalam tawakkal teruji keyakinan...
- Hidup amat indah jika semuanya kerana ALLAh... ... ... ... ...
- Harta yang paling menguntungkan SABAR..
- Teman yang paling akrab AMAL
- Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM
- Ibadah yang paling baik KHUSYUK... ... ...

Renung-renungkanlah

Monday 17 November 2008

Sunday 16 November 2008

Apa lagi ni?

Sok sek sok sek... desas desus kedengaran bahawa adalah beberapa insan yang tidak diketahui dari mana menghantar SMS jugak email kepada pihak tertentu dengan menuduh dan menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap apa yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Saya sebagai salah seorang dari pelopor kelab ini ingin menasihatkan insan tersebut agar menghentikan apa-apa juga tindakan bodoh itu dan jika anda rasa tidak berpuas hati, anda dinasihatkan berjumpa dengan saya untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

Jangan kita buat tindakan melulu dan akibatnya reputasi kelab kita ini akan tercalar kerana ada yang diluar sana mahu kita jatuh dan tidak akan bangun-bangun lagi. Biarlah mereka yang suka kita begitu ketawa sekarang, tapi kita tetap juga penuhi lokalan kita dengan aktiviti-aktiviti biasa. Anda mungkin sudah kurang mendengar rakan berbual difrekuensi tetapi saya pasti, mereka yang telah biasa dengan kita masih lagi menanti masa untuk memancar.

Kita patutnya bangga kerana lebih dari 90% rakan Ipoh ini yang bercallsign pernah berbual di frekuensi VEE99. Tidak untuk mendabik dada... tapi tepuk dada tanya selera. Seburuk-buruk pun VEE99 ini... anda dilahirkan dari sana juga. Fikirlah sendiri. Jika anda sendiri memburukkan tempat kelahiran anda... jenis apa kah anda itu..??

Hazli Md Isa (9W2HMI) 019-5958844

p/s.. maaf jika terkasar bicara..

Monday 10 November 2008

SWAL - Maafkan kami

Harap maaf jikaQSO ada tidak akan dilayan di VEE99 selepas ini. Harap anda memahami masalah kami dan jangan kecil hati jika di suruh berhenti untuk memancar.
Meskipun anda mungkin mengatakan kami sombong walaupun kami bertahun-tahun membantu SWAL belajar ber QSO cara yang betul juga menunjukkan cara untuk menggunkan radio dengan betul, kami tidak kisah. Undang-undang, tetap undang-undang.
Memang sedih meninggalkan anda terkontang kanting. Kita tidak akan lagi memantau anda, menjaga anda, menasihati anda. Buatlah apa anda suka, dan jika ada komplen tentang anda, pihak VEE99 tidak akan bertanggungjawab lagi.. tidak akan mem'backup' anda lagi. Kami berharap anda berusaha cara mana pun untuk memiliki AA dan akan mengikuti lunas undang-undang kerajaan selepas ini.
Perbincangan malam tadi banyak memberikan pandangan dan pendapat... jadi selepas ini, pihak VEE99 tidak akan bertanggung jawab kepada sesiapa atau SWAL yang menyalahi kod etika yg di ketengahkan oleh MCMC tempohari. ANda nak main tekan2 PTT terpulanglah kepada anda. Nak mencarut ke, maki hamun ke...ikut lah. Sebab kita ada "RAKAN' yang akan melaporkan apa juga pergerakan kita, kerana tugas itu sudah sinonim dgn suku sakat bangsa dia sejak azali.

MAAF KAN KAMI

9W2HMI (0195958844)

Friday 7 November 2008

Apa arahan MCMC pada VEE99?

Semalam rakan-rakan kita telah bertemu dengan En. Zainol, MCMC Bahagian Utara untuk membincangkan beberapa perkara yang berbangkit atas LAPORAN yang dibuat oleh RAKAN2 lokalan kita kepada mereka. Dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Mereka yang berlesen (callsign amatur) berQSO dengan yang SWAL .
2. Frekuensi simplex yg digunakan mengganggu repeater
3. Radio yang digunakan tiada kelulusan SIRIM

Jadi, perbincangan telah dibuat antara orang2 lama di Kelab Al-Ghazali, kami telah membuat keputusan bahawa kita sepatutnya menghormati MCMC yang mengeluarkan lesen untuk kita memiliki alatan dan bercakap menggunakan alatan tersebut.

Kesimpulannya;
1. Semua rakan SWAL dinasihatkan supaya tidak lagi memacar di VEE99
2. Semua rakan baru yang berminat untuk menjadi warga RA, boleh meminta nasihat dari MCMC untuk latihan dan tunjukajar. Vee99 tidak lagi mengambil rakan baru mulai sekarang.
3. Berbincang semula untuk kesesuaian frekuensi yang digunakan.. Di ganti dgn V** yang lain.
4. Memastikan semua radas mempunyai kelulusan SIRIM. Kita akan cuba mendapatan maklumat dari MCMC cara mana ini boleh dilakukan di Ipoh ini.

Akhirnya;
Harapan kami orang2 lama;
1. Jangan pertikai apa MCMC arahkan; jangan bandingkan dgn kawasan2 lain yang masih membenarkan SWAL bercakap tapi tiada tindakan diambil kerana ; TIADA LAPORAN DITERIMA OLEH MCMC TENTANG KESALAHAN ITU DIKAWASAN TERSEBUT.
2. Bagi rakan SWAL, terpulanglah pada anda untuk memacar dimana pun, melanun di jalur mana pun, tidak ikut SOP di kawasan manapun, kerana pihak VEE99 tidak mahu dipersalahkan lagi dan tidak mahu ada lesen yg digantung kerana bercakap dgn SWAL.. ( walaupun tempat lain orang tak kisah kerana TIADA LAPORAN ke MCMC).
3. HARAPAN KAMI ORANG YANG MEMBUAT LAPORAN ITU RASA BERPUAS HATI KERANA DIA MAHU RAKAN2 DI IPOH INI TIADA ARAH SEPERTI 3-4 TAHUN LEPAS DAN MELANUN DI FREKUANSI MANA2 PUN. TERIMAKASIH KERANA MENJADI BANGSA YANG MEMBINA BANGSA SENDIRI.
4. Mungkin kumpulan kita ini terlalu advance dan mempunyai banyak aktiviti yang diwar-warkan dalam internet dimana seluruh dunia membacanya. Jadi perasaan hasad dengki itu meluap-luap dan kesemua ini terjadi. Dengan itu saya moderator web ini akan menjadikan web ini sebagai private dimana jika anda mahu akses kepadanya boleh mendaftar dengan saya untuk mereleasekan login anda kepada laman ini. Jadi ada akan dapat membaca secara PUBLIC web ini sehingga 30/11/2008 sahaja. Harap maklum
5. Akhir sekali, jika rakan SWAL masih memerlukan keterangan lanjut, sesi eyeball akan diadakan pada hari AHAD 9/11/2008 ini di Batu Gajah Perdana mulai jam 9.00malam. Kami akan menjelaskan arahan ini kepada anda. Jangan kecil hati jika kami tidak melayan anda di Frekuansi nanti.


Jangan marah jangan sedih... sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya. Bukannya kita akan kecundang, malahan menjadi lebih kuat lagi.

-9W2HMI (019-5958844)

Wednesday 5 November 2008

Intan Suraya - Hari Keluarga VEE99 2008




Sebahagian gambarfoto lokasi hari keluarga VEE99 nanti yang memang agak menarik dan mencabar.










Bayaran telah diturunkan kepada RM45 untuk dewasa dan Rm15 untuk kanak setelah diuruskan oleh 9W2JOI. Tarikh 13 & 14 hb Disember 2008 telah ditetapkan walaupun desas desus mengatakan pihak PRADAS akan berada di lokalan Ipoh ini.

Kita masih tidak dapat kata rasmi dari pihak Pradas tentang tarikh tersebut, dan kita akan teruskan juga projek Hari Keluarga kita ini.







Chalet yang diperkatakan. Agak Unik dan selesa

Tuesday 4 November 2008

Kenapa VEE99 ?

Kebelakangan ini aku peratikan banyak sangat benda2 yang berlaku di VEE99 nie. Aku heran, apa masalahnya, apa puncanya dan sebab musababnya. Mungkin ramai yang membaca blog ini dan adalah sesetengah pihak tu yang tidak berpuashati dengan sesuatu perkara. Desas desus dan apa juga cerita ceriti tidak disampaikan terus kepada aku. Semuanya melalui rakan2 lain.
Aku heran kenapa yang tidak berpuas hati itu tidak terus cari aku, atau hubungi aku. Yang peliknya disampaikan melalui rakan2 lain yang baru atau pun yang agak lama.
Bukan aku menabik dada mengatakan VEE99 ni aku punya. Tapi VEE99 ni diasaskan oleh beberapa orang yang bersepakat menerima onak, cacian, makian dan sebagainya semasa penubuhannya dulu. Disini aku juga ingin memberitahu bahawa sesiapa yang tidak berpuas hati dengan VEE99 ini boleh terus hubungi aku JANGAN salurkan pada anak buah aku yang ada tidak tahu asal usul VEE99 ini. Untunk pengetahuan mereka yang tidak berpuashati itu, aku ada semua data2 peribadi setiap rakan2 yang menjadi ahli kelab ini. Jadi, jika anda mahukan keterangan atau apa2 info yng dapat membantu anda menghilangkan syak wasangka, aku akan berkerjasama dengan kamu. Tetapi mestilah dengan cara/saluran yang betul kerana data peribadi adalah satu yang unik dalam kita berkelab ini.
Secara terus terang aku nyatakan disini bahawa mulai saat ini kita tidak akan lagi mengambil ahli baru untuk kita beri penerangan kerana aku sudah MUAK dengan apa yang berlaku sekarang ini. Kepada mereka yang baru nak belajar radio... anda bolehlah belajar dimana2 anda suka kerana segala usaha yang kami lakukan kepada rakan2 SWAL baru dulu diletakkan didalam tong sampah. Biarlah MCMC memantau anda dan saya rasa itu tugas mereka untuk memastikan anda dapat pelajaran yang cukup sebelum mengambil peperiksaan RAE nanti. Kepada yang sudah menjadi warga VEE99, kita akan bimbing anda untuk kali terakhir sebelum mengambil peperiksaan nanti dan kepada yang baru diharap anda carilah kelab2 atau kumpulan2 yang lain untuk membimbing anda.
Aku tidak mahu VEE99 ni di cap sebagai frekuensi haram kerana membenarkan SWAl bercakap. Tapi aku kesal, kerana aku memantau sepanjang perjalanan aku dari Ipoh ini terus ke Perlis, terdapat jugak SWAL bercakap di sekian-sekian frekuensi. Kenapa itu tidak di pedulikan? Kenapa VEE99 sahaja di ganggu.
Lebih buruk lagi jika anda ke satu bahagian di Semenajunag Malaysia ini. SWAL menggunakan 9W2*** untuk berkomunikasi. Kenapa itu tidak diambil kisah? Kenapa VEE99? . Mungkin Ipoh ini ada yang berlagak menjadi MCMC sendiri (swasta). Dan itulah kita, orang Melayu di Malaysia ini.
Segala apa yang ditulis ini adalah berdasarkan pendapat aku sendiri. Tidak mewakili kelab VEE99 ini. Harap maaf jika terkasar bicara atau kata. Hubungi saya, jika ada masalah berkaitan VEE99 ini secara gentleman, bukan main tusuk2 belakang.

9W2HMI - 0195958844

Mega Eyeball - Pengkalan 4/11/2008



Sebahagian dari rakan2 yang datang untuk bersua muka dalam sesi eyeball malam tadi. Meskipun ada 2-3 kerat rakan2 lama yang menjenguk muka, alhamdulillah sambutan ini memberikan semangat kepada lapis2 baru untuk terus menjadi warga HAM.










Perbincangan, rata2nya merujuk kepada Hari Keluarga VEE99 nanti.

Sunday 2 November 2008

Eyeball Perdana VEE99 - 4/11/08 Selasa

Dah Lama kita tak eyeball yer.
Masih ingat ke dengan kami di VEE99?
Satu majlis ringkas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 4/11/2008 , SELASA.
Masa : 10.00 malam.
Lokasi : Restoran Tomyam, Depan Bomba Pengkalan. (Tempat sejarah VEE99)
Konsep: Siapa order makan/minum...sendiri mau bayar....
Agenda:
1. Hari Keluarga
2. Kelas RAE
3. Lain-lain

Harap semua yang masih ingat dapat menghadirkan diri. Yang tak dapat datang, keuzuran anda difahami.

Pantau 144.990MHz.. untuk yang dah lupa lokasi restoran tersebut.


-9W2HMI