SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Monday 30 June 2008

PARTS Amatur Radio Treasure Hunt

Satu pengalaman baru dengan aktiviti menjurus kepada radio amatur. Jangan lepaskan peluang ini. Sama-sama kita menjayakannya.

Untuk info lanjut sila klik link dibawah ini:

PARTS TRESURE HUNT

Selamat Pengantin Baru



p/s ni gambar pengantin masa kenduri di Perak.


Selamat Pengantin Baru... Anas & pasangan



Klik sini untuk tahu sapa dia

Wednesday 25 June 2008

Mega Eyeball ASTRA 2008- Morib

(Info ini di ambil dari ASTRA Yahoogroup email)
ITINERARY FOR MEGA EYEBALL `MORIB' 2008

05/07/2008
1330 hrs - sampai di Pantai Morib, unloading & gotong royong pasangkhemah utama dll.
1500 hrs - Introduction to FOX HUNTING. Kelas buat antenna oleh 9M2NNL
1630 hrs - berehat & bersedia untuk solat asar
1700 hrs - sambungan introduction to FOX HUNTING
1830 hrs - kelas tamat & persediaan untuk solat maghrib berjemaah yangdiketuai oleh 9W2KMT. Peserta menyediakan makan malam (masak/beli).
2100 hrs - Ucapan Pengurus ASTRA negeri Selangor & WP KL 9W2YR, sesisuai kenal sambil menjamu selera.
2130 hrs - Technical Talk oleh 9M2AU diikuti oleh sesi Q&A (sesi soaljawab)
2230 hrs - Sesi DXing bermula. Free & easy.

06/07/2008
0700 hrs - Aktiviti menyediakan sarapan pagi secara gotong royong olehpara XYL.
0900 hrs - Pertandingan Fox Hunting.
1130 hrs - pertandingan di jangka tamat. Penyampaian hadiah. Gotongroyong Membersihkan persekitaran kawasan Mega Eyeball. Berkemas pulang.

**subject to change.

Friday 20 June 2008

Sesi Perbincangan untuk membantu tabung Kelab

Kelab yang kini telah dipertingkatkan mempunyai Rumah Kelab sendiri yang ditadbirkan oleh ahli-ahli sendiri. Kelab yang selama ini dipandang 'kumpulan jalanan' telah dimartabatkan sebagai salah satu kelab yang mempunyai pejabat urusan sendiri. Meski pun keahlian berdaftar seramai 60 orang lebih tetapi mengikut rekod, lebih dari 200 orang pernah menggunakan frekuensi yang diperkenalkan ini.
Dengan itu, sebagai Kelab Amai yang tidak mempunyai penajaan dari mana-mana pihak pun terpaksa mencari sumber kewangan sendiri untuk menampung kos pengurusan kelab.
Dengan itu rakan kita SWAL MUZ mempunyai cara beliau sendiri dalam menjana sumber kewangan hanya dengan sedikit komitment dari ahli-ahli sendiri. Beliau akan memberi satu penerangan ringkas seperti berikut:

Tarikh; 21/6/2008 (Sabtu)
Masa : 8.30 mlm
Lokasi: Rumah Kelab VEE99
Makanan/Minuman akan ditaja oleh YDP.
Harap kepada yang perihatin dan masih mahu kelab ini meningkat maju, sila hadirkan diri.


YDP

Tuesday 17 June 2008

'Carpool' ke RAE Nibong Tebal - Perubahan

Memandangkan harga minyak yang melambung ini, kita mencadangkan berkongsi kereta ke tempat peperiksaan.
Sesiapa yang terasa mahu turut serta, sila datang ke Clubhouse VEE99 malam SABTU ini 21/6/2008, jam 8.30 malam.
Perbincangan akan berkisar kepada bas/van yang hendak disewa beserta jumlah yang patut dikeluarkan setiap kumpulan.
Harapan kami ini dapat membantu meringankan beban rakan-rakan yang tak berapa mampu itu.


-WhyDeePea-


RAE2008- Tawaran Penginapan Hotel 4-star


Berjaya Hotel dibawah kendalian SWAL MAN (Naim) menawarkan harga termurah untuk rakan-rakan yang mahu merehatkan diri sebelum menghadapi peperiksaan ini nanti.

Tawaran RM60.00 sebilik yang mampu memuatkan 2-3 orang dewasa (asal RM280) mungkin dapat menenangkan anda sambil menikmati keindahan Pulau Pinang nanti.
Sila berurusan dengan beliau di talian 019-5669788 atau panggil di frekuensi 144.990MHz. Tawaran ini adalah sah untuk program RAE sahaja.

Monday 16 June 2008

Bowling @VEE99


TARIKH: 6/7/2008
MASA : BERMULA 10.00PAGI
BAYARAN: RM17/KEPALA
TEMPAT. AMPANG BOWL KINTA PARADE
HADIAH :AKAN DIBERI KEPADA PEMENANG SETIAP KATEGORI
SYARAT : SEMUA RAKAN YANG BERMINAT DI JEMPUT HADIR. ADALAH DIGALAKKAN JIKA ANDA MENJEMPUT PASANGAN ANDA UNTUK TURUT SERTA
HUBUNGI: WAN CACING 017-5332001 UNTUK PENYERTAAN

Sunday 15 June 2008

Selamat hari Bapa


Selamat menyambut hari bapa (walaupun terlewat) untuk:
1. Anda sendiri - sebagai bapa
2. Bapa anda - yang tak ada tumpanglah bapa mertua ke?. Tak ada jugakk? kesiannn.
3. Yang bakal bergelar bapa.
4. yang rasa diri dia Bapa kepada sesiapa pun.
5. Tak termasuk - Bapa ayam (:-)

Saturday 14 June 2008

Aktiviti pada hujung minggu



Dimulakan dengan aktiviti pameran di SMK Dato' Ahmad Said, Manjoi, rakan-rakan KKA VEE99 kemudiannya menjamu selera di salah sebuah restoran di bandaraya Ipoh. Aktiviti menambahbaikan dan mendirikan antenna seterusnya dijalankan di "base station" dua orang rakan.

Koleksi gambar untuk dimuat turun di sini.

Friday 6 June 2008

Perbarisan Hari Merdeka 2008 -Peringkat Negeri ..

Siapa yang berminat boleh memberi nama untuk kita ajukan kepada kerajaan negeri Perak. Perbarisan mestilah mempunyai kereta, antenna dan logo kelab.
Pakaian akan disediakan.

Thursday 5 June 2008

Mesyuarat Kelab VEE99- 10/6/2008

Seperti SMS yang anda telah dapati;

Tarikh: 10hb June 2008 ; SELASA
Masa : 10.00 malam tepat
Lokasi : Bilik ICOM - Clubhouse VEE99

Agenda:
1. Pembentangan Kunci Kira-Kira akaun kelab
2. Post Motem konvoi Muhibbah
3. Perancangan Konvoi berikutnya.
4. Perlantikan Warga Kerja baru
5. Hala tuju kelab - idea peningkatan
6. Pameran 14/6 - Susunatur
7. Hal-hal lain

Semua AHLI di jemput hadir.

Wednesday 4 June 2008

Konvoi Muhibbah Melaka - Alhamdulilah..selesai


Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya ke destinasi dan dapat bersama rakan-rakan disepanjang laluan konvoi.
Sepertimana biasa, segala onak dan duri, karenah dan perangai boleh kita selami dikala kita bersama ini.
Masing-masing telah kenal hati budi, dan ini dapat mengeratkan tali siratulrahim yang lebih lagi selepas konvoi ini. Mudah-mudahan.Andainya ada kesilapan kecil, kekurangan dan tidak puas hati perlu diketepikan demi semangat setiakawan yang hakiki.
**foto di 'rompak' dari koleksi 9w2YZU- sorry yerr..**

Tuesday 3 June 2008

Al-Fatihah untuk arwah ayahanda SWAL DKS


Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga DKS (Din Kotiau) atas pemergian ayahanda beliau itu.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan berada dikalangan para ambia.

Konvoi Muhibbah


Kumpulan terakhir peserta konvoi tiba di base station masing-masing pada awal pagi 3 Jun 2008 dalam keadaan selamat. Bermula dengan 14 buah kenderaan yang bergerak dari Ipoh dan ditambah kemudiannya dengan sebuah lagi dari Kuala Lumpur. Pelbagai pengalaman pahit manis secara peribadi dan berkumpulan telah dialami oleh peserta.

Kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada kesemua rakan-rakan Radio Amatur yang membantu melancarkan perjalanan konvoi ini dari mula sehinggalah kami pulang ke base station masing-masing. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.

Koleksi gambar yang lain boleh juga dilihat di sini.

Sunday 1 June 2008

Anas 9W2DGG Kemalangan.

Pihak VEE99 mendoakan agar beliau cepat sembuh. Maaf kerana lambat menyiarkan berita ini kerana pihak kami tidak mendapat info yang cepat. Ini pun didapati dengan cara tidak sengaja dari laman blog 9W2AAA