SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Sunday 30 September 2007

Majlis berbuka puasa Vee99 29/9/2007 - d'Polo

Alhamdulillah, dalam kesibukan rakan-rakan meyiapkan diri dengan sambutan hari raya juga dengan ibadat puasa, sempat juga beberapa stesen menghadiri majlis tersebut yang bermula pada jam 6.00petang.



Berbagai juadah disediakan juga yang dibawa oleh rakan-rakan ke majlis tersebut. Meski pun sambutan agak sederhana, seramai 25 stesen dewasa hadir ke majlis ini.



Anak-anak rakan juga XYL juga turut memberi sokongan dengan menghadiri majlis berbuka puasa ini

Monday 24 September 2007

Next Convoy- March 2008: Konvoi Muhibbah Melaka 2008

Konvoi kali ini adalah ke selatan tanah air. Melaka bandar bersejarah adalah lokasi pilihan rakan-rakan Vee99 kali ini. Disamping dapat membawa keluarga bercuti kita juga dapat mengenali rakan-rakan RA di sana nanti. Kemungkinan kita akan menetap di A-Farmosa Hotel
atau di Garden City Service Apartment. Dan jika ingin tempat tinggal bersebelahan dengan kompleks membeli belah, kita boleh ke Mahkota Hotel / apartment. Diingatkan dihotel, segalanya tersedia, tetapi di apartment kita terpaksa mencari sendiri keperluan diri. Ini berdasarkan lokasi dan kemudahan yang terdapat disana. Perancangan awal ini adalah bertujuan memasti rakan-rakan dapat mengumpul dana untuk kesana nanti.


- info dari 9W2HMI

Kelas persediaan peperiksaan RAE 2007 - 2


Sekali lagi rakan rakan SWAL kita akan menempuhi cabaran peperiksaan RAE dijadualkan pada 29/11/2007. Sehubungan dengan itu kelas-kelas persediaan akan dijalankan bagi memastikan rakan-rakan SWAL bersedia dalam peperiksaan nanti. Sila dapatkan jadual tersebut di sini
ini atau klik pada jadual sebelah untuk diperbesarkan jadual tersebut. Sekian Terima kasih.

Eyeball Perdana 22/09/2007

Alhamdulillah sekali lagi kepada semua rakan-rakan
yang telah hadir ke Mega Eyeball pada 22/09/2007
Meskipun terpaksa berkorban masa dalam bulan puasa al-Mubarak ini seramai lebih dari 30 stesen telah menghadirkan diri. Berbagai perkara telah dibincangkan selain dari mengisi borang-borang permohonan untuk menduduki peperiksaan RAE nanti. Disini juga saya bagi pihak rakan-rakan Vee99 ingin mengucapkan selamat datang ke dunia Radio Amatur kepada rakan-rakan baru yang telah hadir pada malam itu.
Berbagai idea dan pendapat dapat di sumbangkan dalam eyeball ini. Kita juga masih tertanya-tanya bilakan rakan PEMANCAR, SCORE dan rakan RA yang lain-lain (BOKBON, 4x4, dll) akan berkunjung ke Perak ini kerana nampaknya bulan 10 & 11 ini adalah agak sibuk kerana sambutan hariraya dan juga persediaan Ujian RAE di hujung bulan November nanti. Apa pun perancangan konvoi ke MELAKA nampaknya agak mendapat sambutan hangat. Mudah-mudahan kali ini banyak ahli dapat hadirkan diri.


Laporan khas: 9W2HMI

Sunday 23 September 2007

10,000 pelawat

Alhamdulillah kepada semua rakan-rakan yang memberi sokongan kepada laman blog Vee99 ini. Pencapaian 10,000 hits sesuatu laman blog adalah amat sukar tambahan lagi laman yang mengutarakan hobi minoriti rakyat Malaysia ini. Tetapi berkat sokongan rakan-rakan juga, laman web ini telah menjadi tumpuan ramai. Terimakasih rakan-rakan ku.

Adalah dinyatakan disini bahawa laman ini bukanlah milik saya sendiri tetapi milik satu kumpulan rakan amatur radio yang betul-betul meminati hobi ini. Jadi saya mengambil inisiatif untuk menjadikan setiap aktiviti dan informasi dapat dikongsi bersama melali laman ini.

Jadi laman blog ini adalah sumbangan ikhas saya dan didedikasikan kepada khas kepada rakan vee99 dan rakan-rakan RA lain amnya.

Semoga kita mendapat 10,000 pelawat lagi dimasa mendatang dan begitu juga seterusnya....



-9W2HMI @ SC5XLI

Friday 21 September 2007

Skru untuk antena jallopy

Sesiapa yang ada kehilangan skru antena jallopy seperti dalam gambar tu, aku ada stok 8 biji untuk diagihkan** (PERCUMA) pada malam eyeball Sabtu ni nanti. Siapa cepat dia dapat. Satu rakan satu skru sahaja. Bukan senang dapat ini barang.


** PESANAN MELALUI PERKHIDMATAN SUARA/TEXT TIDAK DIBENARKAN. CUMA KENA JUMPA EYEBALL SAHAJA

Friday 14 September 2007

MAAHAD TAHFIZ MALIM NAWAR - MOHON DERMA

Assalamualaikom saudaraku semua,
Surat permohonan dari sekolah berkenaan telah dikirimkan kepada kita, apakah tindakan kita? Perancangan telah ada tetapi tidak tahu bila akan dilaksanakan. Mungkin juga tidak lama lagi. Tetapi keputusan ini adalah atas tangan saudara-saudara ku semua.

Sekolah berkenaan juga memerlukan sebuah van untuk pengangkutan. Surat berkaitan juga boleh di dapati di sini. Jadi pantau-pantaulah dan buat lah apa yang termampu.

Tuesday 11 September 2007

Notis Pemberitahuan RAE2007-2 dari MCMC

Notis telah dikeluarkan oleh MCMC. Anda boleh dapatkan disini. Jadi rakan SWAL jangan lupa untuk mengisi borang secepat mungkin dan menghantarkan nya ke MCMC dengan segera. Kelas akan dijalankan selapas Hari raya ini.

Eyeball Perdana Vee99 11/09/2007



Sunday 9 September 2007

Sekitar AGM PARTS 9/9/2007

SEKALUNG TAHNIAH DARI RAKAN VEE99!!

GAMBAR SEBAHAGIAN AJK PARTS bagi sessi 2007-2009

Semoga dapat memacu Persatuan dengan lebih mantap dan akan disegani oleh persatuan-persatuan lain.

Thursday 6 September 2007

Misteri kehilangan Adik Nurin

Misteri kehilangan adik nurin telah terungkai. Bayangkanlah jika Nurin adalah anak anda sendiri. Apakah yang anda rasai sekarang?

Rentetan peristiwa boleh didapati di sini

إنا لله وإنا إليه راجعون


ALAHYAHAM ADIK NURIN DIJUMPAI DENGAN KEADAAN MENGERIKAN. ADA JUGA MANUSIA BERJIWA BINATANG YANG SANGGUP MEMBUNUH ADIK NURIN YANG TIDAK BERDOSA INI. AL-FATIHAH KEPADA ROH BELIAU. SEMOGA BELIAU BERADA DISISI GOLONGAN ORANG YANG SOLEHAH. AMIN.....

Monday 3 September 2007



sample video. saja nak try.. tolong bagi tau kalau tak OK... nanti boleh kita perbetulkan....

Saturday 1 September 2007

Club House Ve99 ?? Apakah benar?


Apa-apa pun JANGAN PANDANG BELAKANGGGGGG !!!!

Tahlil & Doa' selamat di Rumah OBM


9W2DFA mengepalai majlis. Walaupun suara dah serak...



Pak Aji Masri ... dengan gaya tersendiri.....